CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2380|Reply: 13

Kim Seon Ho ‘Pelakon Paling Popular’ Anugerah Artis Asia 2021

[Copy link]
Post time 16-11-2021 05:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 17-11-2021 12:57 PM

  
Kim Seon Ho raih undian terbanyak.

LAMAN twitter dipenuhi dengan ucapan tahniah kepada pelakon sensasi Kim Seon Ho yang berjaya menerima sebanyak 1,787,000 undian mengungguli dua kategor di Anugerah Artis Asia 2021.

Walaupun pemenang akan diumumkan secara rasmi semasa majlis berprestij yang dijadualkan pada 2 Disember di Dewan Arena KBS, peminat bintang 'Hometown Cha-Cha-Cha' (dipanggil Seonhohada) tidak sabar mengucapkan tahniah atas prestasi baharu itu.

Dua kategori itu iaitu Anugerah Populariti Live U+IDOL dan Anugerah Populariti AAA RET, kedua-duanya adalah 100 peratus kategori undian peminat.

Sementara itu Jinyoung GOT7 menduduki tempat kedua dengan 1,430,856 dan tempat ketiga diduduki oleh Doyoung NCT dengan 194,749 undian.

Peminat meraikan kejayaan pelakon Hometown Cha-Cha-Cha itu dengan hashtag #KimSeonHoMostPopularActor.

Tempoh pengundian bermula pada 22 Oktober dan berakhir pada 15 November iaitu Isnin.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Kim Seon Ho memenangi undian peminat.

Pelakon pernah memenangi anugerah populariti Anugerah Seni Baeksang ke-57 dan Penghibur Paling Popular KBS untuk '2 Hari & 1 Malam (2H1M)'.



Kim Seon Ho antara paling tinggi undian.

Pelakon berbakat besar itu masih menyepikan diri selepas kontroversi meminta bekas kekasih menggugurkan kandungannya yang hangat diperkatakan hampir sebulan lalu.

Bagaimanapun, nampaknya pandangan umum memihak kepadanya dan peminat masih mahu dia kembali aktif di dunia seni.

Peminat berharap pelakon yang popular menerusi drama Start Up itu membuat kemunculan pada majlis anugerah 2021 Asia Artist Awards yang bakal diadakan pada 2 Disember depan di Dewan Arena KBS. - Kdramastars

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2021 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah tapi masih tak dapat lawan bintang tanah air kita.. 83 juta undi
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 11:10 AM | Show all posts
kite sokong awak
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 03:09 PM | Show all posts
TerataiMelur02 replied at 16-11-2021 10:22 PM
Tahniah tapi masih tak dapat lawan bintang tanah air kita.. 83 juta undi

83 juta tu.   terpaling fofular
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 11:24 AM | Show all posts
TerataiMelur02 replied at 16-11-2021 10:22 PM
Tahniah tapi masih tak dapat lawan bintang tanah air kita.. 83 juta undi

hahahaha! exactly! pelik kan? rakyat msia baru 35-36juta.. celah mana smp 83mil tu kan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
lasagna replied at 18-11-2021 11:24 AM
hahahaha! exactly! pelik kan? rakyat msia baru 35-36juta.. celah mana smp 83mil tu kan.

Sorang undi 10 kali. Husnuzon....  Dak pun orang luar negara tumpang mengundi sekali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2021 05:06 PM | Show all posts
lasagna replied at 18-11-2021 11:24 AM
hahahaha! exactly! pelik kan? rakyat msia baru 35-36juta.. celah mana smp 83mil tu kan.

undi beli.. undian dia dah tinggi kot
dabel lagi dengan undian yang beli
tu yang jadi 83 mil tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 05:07 PM | Show all posts
mohtep discus pasal artis nan satu itu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2021 08:06 AM | Show all posts
NaylaArisha replied at 18-11-2021 05:06 PM
undi beli.. undian dia dah tinggi kot
dabel lagi dengan undian yang beli
tu yang jadi 83 mil tu  ...

kiranya sorg yg vote, boleh repeat vote lagi bebyk agaknya ni. ehh kata bersystem. ahh podahhhhh!
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2021 02:23 PM | Show all posts
lasagna replied at 19-11-2021 08:06 AM
kiranya sorg yg vote, boleh repeat vote lagi bebyk agaknya ni. ehh kata bersystem. ahh podahhhhh!
...

system voting mesia kekdahnya cenggitu
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2021 11:32 AM | Show all posts
lasagna replied at 19-11-2021 08:06 AM
kiranya sorg yg vote, boleh repeat vote lagi bebyk agaknya ni. ehh kata bersystem. ahh podahhhhh!
...

AAA ni katanya nak vote pakai duit kan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2021 01:11 PM | Show all posts
adiktet replied at 2-12-2021 11:32 AM
AAA ni katanya nak vote pakai duit kan..

sudahnya vote pakai duit pun artis tak guna duit utk keluarkan.. sape yg huntung? pihak organizer sbrnya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2021 03:20 PM | Show all posts
lasagna replied at 2-12-2021 01:11 PM
sudahnya vote pakai duit pun artis tak guna duit utk keluarkan.. sape yg huntung? pihak organizer  ...

ruginya fan.. vote n pakai duit banyak.. artis tak join.. pedih..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2021 03:25 PM | Show all posts
adiktet replied at 2-12-2021 03:20 PM
ruginya fan.. vote n pakai duit banyak.. artis tak join.. pedih..

hakikatnya gitu lah dunia artis di serata dunia, mengagung kan artis2 ni. tapi apa yg fans dapat.. keseronokan gittew2 jer. even kat msia pun gittew juga. fan club sna sni, sudahnya fan yg perabis duit. yg xde duit pun gigih ni carik duit nk join. ada jer kwn2 iols gitu dolu2. yg kaya artis, kau? sengkek tgh bulan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.890796 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list