CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1183|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh Jambatan Kedua Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 22-11-2021 01:51 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh Jambatan Kedua Pulau Pinang

Zuhainy Zulkiffli - November 22, 2021 @ 10:55am[email protected]




Maritim Malaysia melakukan operasi mencari dan menyelamat lelaki dikhuatiri lemas dipercayai terjatuh dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) di Kilometer 8.5 arah Batu Kawan menghala ke Batu Maung. - Foto IHSAN MARITIM MALAYSIA



BAYAN LEPAS: Seorang lelaki dikhuatiri lemas dipercayai terjatuh dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) di Kilometer 8.5 arah Batu Kawan menghala ke Batu Maung, di sini, hari ini.



Mangsa berusia 39 tahun dari Kuala Lumpur meninggalkan kereta dan barangan peribadi di jambatan berkenaan.



Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed, berkata pihaknya menerima maklumat dari Pusat Kawalan Trafik jambatan kedua itu pada jam 4.40 pagi sebelum menggerakkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat).



Katanya, operasi berkenaan turut membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Pasukan Polis Marin Batu Uban dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).



"Pada masa ini, keluasan pencarian adalah sejauh 22.42 batu nautika persegi.



"Mangsa didapati meninggalkan kereta Toyota Prius serta barangan peribadi di atas jambatan berkenaan," katanya menerusi kenyataan hari ini.



Abd Razak berkata, setakat ini Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) sudah ditubuhkan berhampiran jambatan kedua dan gerakan mencari masih diteruskan.



"Maritim Malaysia memandang serius perkara ini dan berharap masyarakat tidak mengambil jalan mudah bagi menyelesaikan sesuatu masalah dengan membuat keputusan terburu-buru," katanya lagi.



Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat atau kecemasan di laut boleh menyalurkan maklumat kepada Maritim Malaysia di talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.041667 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list