CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: sunsuria3

Halallan Toiyiban

[Copy link]
Post time 27-8-2010 03:51 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2010 07:18 PM | Show all posts
ok TT......tak payah spin spin....ini adalah kenyataan terbaru dari pihak Mc. Donald.

PETALING JAYA: McDonald’s Malaysia adalah syarikat makanan segera pertama di negara ini yang mendapat pengiktirafan sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pengurus Komunikasi Korporat, McDonald’s Malaysia, Fartini Zaharuddin, berkata pihaknya sentiasa mematuhi segala piawaian dan akta makanan yang ditetapkan kerajaan dan Jakim. Beliau berkata, pihaknya amat terkejut apabila timbul dakwaan menerusi rantaian facebook dan e-mel bahawa daging yang disediakan McDonald’s haram.

“Ia adalah tidak benar sama sekali.


“Jika diteliti isi kandungan surat dalam rantaian facebook dan e-mel itu, Jakim memaklumkan kepada pembekal kami, MacFood Services pengiktirafan halal yang diberikan kepada Badan Pensijilan Pusat Islam Uruguay ditarik balik berkuatkuasa 15 April, 2010.


“MacFood Services mematuhi arahan itu dan membeli bekalan daging dari Australia sebaik sahaja ia berkuatkuasa,” katanya.


Mengenai sama ada daging yang diimport dari Uruguay sebelum 15 April lalu halal atau tidak, katanya, semua daging berkenaan mendapat pengiktirafan halal Jakim setelah pemeriksaan dibuat bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar.


Bahagian Hab Halal Jakim memberi jaminan semua daging, kentang goreng dan bahan lain yang diimport McDonald’s dan pembekalnya diperiksa dan dipastikan halal.


“McDonald’s dan pembekalnya sentiasa memberi kerjasama dan mematuhi segala syarat yang ditetapkan Jakim.


“Semua makanan dan minuman yang disediakan McDonald’s 100 peratus halal dan pengguna tidak perlu was-was menikmati makanan yang kami hidangkan,” katanya.


Jika ada mahu maklumat lanjut mengenai sijil halal McDonald’s, hubungi Fartini Zaharuddin atau Junaidah Mazlan di Jabatan Komunikasi Korporat McDonald’s Malaysia di talian 03-78433388 sambungan 3236 atau 3234.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2010 08:41 PM | Show all posts
oh silalah  mkn then... but not fr me kerana tiada keberkatan sbb dimasak oleh tgn2 yg memegang benda2 haram, and further more sy lbh sygkan saudara Islam Palestine lbh Dari mengasihi diri ku
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2010 09:27 PM | Show all posts
soal makan ke tak...tu soal lain....kerajaan kita terutamanya JAKIM tidak kuarkan sebarang fatwa pengharaman. kalau TT nak haramkan secara peribadi, itu hak peribadi....tapi never ever cuba mengatakan ia adalah haram seolah olah dari JAKIM atau kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2010 09:35 PM | Show all posts
jika was was sila rujuk pada www.halal.gov.my untuk pengesahan.

ISU McDONALD'S

Dimaklumkan bahawa JAKIM tidak menggantung / menarik Sijil Pengesahan Halal yang telah diberikan kepada McDONALD'S / Mac Food Services (M) Sdn Bhd.

Sekian, terima kasih.


Pengirim:   admin          Tarikh:   23/08/2010          Capaian :   152170
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2010 10:08 PM | Show all posts
nk tolong palestin, pegi sana jadi tentera syahid terus..

nape susah sgt mentaliti sesetengah orang kita, kalu boikot2 cmni, agak2 leh jatuh ke zionis?,kebulur sgt ke zionis smpai harap negara islam support diorg?, yang pergi hantar bantuan makanan kt gaza tu pun satu, ingat orang palestin kebulur ngn makanan ke?..

palestin perlukan bantuan tentera, bukan bantuan makanan...
kalu kamu hantar makanan, pstu orang palestin kene bomb, tanah kene rampas, pstu palestin undur,.... same script sejak 60 tahun lalu...

pstu bile kene rampas, kamu hantar bantuan makanan lagi..then wartawan buat muke sedey, balik negara diangkat jadi hero....WTF!!... hello, dorg keene tembak, bomb, tapi korang hantar makanan?... giler ke ape..

mcm kamu, kalu kamu duk dlm 1 negara, then kene tindas, kene bunuh, kene rogol, kene rampas tanah ngn orang indonesia(cthlerr..), pstu palestin (cth palestin negara maju ke) cume anto bantuan makanan aje...makin lama tanah negara tu makin sempit , makin ditindas, negara2 islam cume anto bantuan makanan ajer.... agak2 kamu, ape perasaaan kamu tu..???

agaknya kalu camni lagi 1 juta tahun lagi pun tak berubah palestin tu..

sebab tu akhir zaman nabi cakap akan ada peperangan besar antara islam ngn yahudi.. xde plak nabi cakap akan ada boikot2 antara islam ngn yahudi....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2010 02:23 AM | Show all posts
oh silalah  mkn then... but not fr me kerana tiada keberkatan sbb dimasak oleh tgn2 yg memegang bend ...
sunsuria3 Post at 4-9-2010 20:41


saya rasa TT lebih cenderung kepada "MEMBOIKOT" sebenarnya tapi cuba menggunakan hukum "HARAM" untuk mengajak kita semua turut serta.

tidak ada masalah kalau dengan memboikot mc donald ni boleh memberi impak baik kepada Islam. namun apakah kita harus terus mencari kesalahan atau mencipta kesalahan orang bukan islam semata mata untuk menentang mereka? mc donald bagi pendapat saya hanya sebuah syarikat berasaskan perniagaan, bukannya sebuah pertubuhan memusuhi Islam. just kerana kebetulan mereka adalah yahudi? kalau begitu elok juga kita boikot dan mengharamkan penggunaan internet sebab microsoft juga dikuasai oleh kaum yahudi.

apa yang saya kurang setuju disini ialah bukan soal mc donald atau sebab nak makan ke tak....tapi kenyataan yang "misleading" ini yg seolah cuba pengaruhi org islam agar percaya mc donald adalah haram dimakan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 04:11 PM | Show all posts
pernah juga dulu ustazah btau, halalan toyyiban tu bkn halal je tapi baik, byk baik tuh termasuk disediakan oleh org yg solat mcm sunsuria ckp...tp tu lah, mak kita mmg jaga sgt bab mkn, tp kita ni plak byk darurat nyer, nak2 plak skrg ada famili sendiri, FIL seme suka McD, buffet hotel seme, ada jugak niat nak pilih dan memilih tuh, tp bila people around pun buat derk kita pun ikut sekali, mcm baru nih pi hotel, nasib ada logo halal tp tu la,
pd sy ibnur pun btul sbb base on fact kan, hrp2 JAKIM lps nih betul2 diperkuat sbb makan nih la jd darah daging, u r what u eat- pakcik kita ada kat US , dia mmg belasah KFC sana, kita seme tgk je le mkn fries je tp yelah tu je yg rasa bole , dia kata darurat, sian gak dia bertahun kat sana, lama2 adapt , harap2 kita kat sini pun bole berhemah bincang2, TT mgkin ada niat baik, tp the way u deliver tuh very lurus dan mngejutkan kot, tp tulah cara cemana lg ntah la, pd yg bole bg cara yg better please come...saya pun nak jugak baca ilmu2 nih yalah bila dok dikelilingi org yg tak brp nak kisah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.053078 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list