View: 3470|Reply: 0
|
Makhluk Hutan yang suka darah
[Copy link]
|
|
Makhluk Hutan yang suka darah
Bagi mereka yang suka berkhemah atau camping di hutan, hati-hati, lagi-lagi hutan di Thailand – takut nanti darah kena hisap oleh Phi Kong Koi!
Makhluk daripada Thailand ini dikatakan adalah makhluk hutan yang juga dikatakan adalah antara spesies pontianak.
Lompat cari mangsa
Rupa Phi Kong Koi ni tak dapat nak dipastikan ciri-cirinya tapi yang pasti makhluk ini berkaki satu dan bergerak dalam keadaan melompat untuk mencari mangsanya. Kadang-kala Phi Kong Koi dikatakan melompat dengan tapak kaki yang terbalik.
Ada yang percaya Phi Kong Koi ni mulutnya berbentuk tiub macam lalat dan ada yang kata rupa makhluk tersebut seperti monyet.
Tapi ramai masyarakat tempatan bersetuju yang makhluk ni mempunyai rupa yang hodoh dan tidak boleh panjat pokok.
Hisap darah daripada ibu jari kaki
Katanya makhluk hutan Thailand ni, kalau lapar dia akan menjerit ‘Koi! Koi! Koi!” dan makanan kesukaan makhluk ni, semestinya adalah darah.
Tapi Phi Kong Koi ni suka hisap darah daripada ibu jari kaki manusia yang sedang tidur dalam hutan.
Tidur bersila
Sebab tu, orang-orang sana selalu berpesan kalau tidur dalam hutan, pastikan kaki tu melekat, tak pun tidur dalam keadaan bersila.
Jadi, dapatlah elak daripada jadi makanan Phi Kong Koi.
Asal kumpulan etnik?
Pada September 2016, dikatakan ada penemuan tapak kaki pelik dalam gua di hutan kawasan Loei.
Penemuan tapak kaki itu dipercayai adalah milik Phi Kong Koi yang menjadi bukti bahawa Phi Kong Koi itu wujud dan mereka adalah daripada satu kumpulan etnik yang telah lama tidak dilihat oleh orang ramai.
Tapi sampai sekarang tak ada apa-apa perkembangan pasal tu jadi, tak dapat nak sahkan kenyataan tersebut.
Walaupun hantu ni ada dekat Thailand, tapi rasanya tak salah pun berjaga-jaga kalau masuk mana-mana hutan sebab ya lah, dalam hutan tu banyak benda ada kan….macam-macam ‘benda’ ada…
Sumber:https://penunggu.com/asal-usul/makhluk-hutan-yang-suka-darah/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|