View: 3201|Reply: 0
|
Datang ketuk pintu, minta susu
[Copy link]
|
|
Datang ketuk pintu, minta susu
Apa korang akan buat kalau malam-malam dengar ada orang ketuk pintu lepas tu dia mintak susu, katanya untuk anak dia?
Haa, ni lah kisah Hantu Susu yang selalu diceritakan oleh masyarakat Melayu dulu, sampai katanya orang takut nak keluar malam-malam.
Seorang uztazah yang sedang mengandung
Kisah ni dikatakan terjadi di sekitar Taiping. Ada seorang uztazah yang diceritakan rajin mengaji setiap malam. Uztazah tu pun dah berkahwin dan sedang mengandungkan anak sulungnya.
Tapi, malangnya, suami uztazah tu adalah seorang kaki judi.
Sebab nombor ekor
Lebih menyayat hati, uztazah tu dikatakan meninggal dunia bersama bayi yang dikandung semasa hamil.
Disebabkan suaminya terlampau taksub dengan perjudian, semata-mata nak dapatkan nombor ekor, dia sanggup menggali semula kubur arwah isterinya dan membelah perut isterinya itu untuk menggeluarkan bayi mereka untuk dijadikan pemujaan.
Bukan ‘anak’
Jadi, mungkin disebabkan itu, roh uztazah tersebut tak tenang dan selalu berkeliaran bersama bayi yang dikendongnya sambil mengetuk pintu dan meminta susu untuk anaknya.
Namun, ada yang kata yang dikendong tu bukan bayi tapi adalah batu nisan.
Tinggalkan ‘hadiah’
Hantu Susu ni bukanlah jenis hantu yang merasuk dan mengganas, cumanya memang akan datang dan ketuk pintu tengah-tengah malam mintak susu.
Katanya kalau bukak pintu, Hantu Susu ni terus hilang tapi akan tinggalkan buah tangan kepada pemilik rumah tu, contohnya macam bunga-bungaan daripada kubur ataupun batu nisan.
Takut kucing
Cara nak elak daripada kena kacau Hantu Susu ni adalah dengan menggantungkan buluh runcing ataupun buluh kuning depan pintu.
Ada juga yang cakap bela kucing pun boleh sebab hantu ni takut kucing.
Hantu Susu ni punya femes time dulu sampai beberapa negeri dekat Malaysia kecoh pasal cerita ni.
Apa-apa pun, rasanya Hantu Susu ni dah tak ada la kot zaman sekarang tapi kalau dengar pintu kena ketuk tengah-tengah malam, tambah pulak time tu duduk sorang, buat-buat pekak je la.
Sumber:https://penunggu.com/asal-usul/datang-ketuk-pintu-minta-susu/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|