View: 775|Reply: 1
|
Naura Ayu trauma dibuli sejak kecil
[Copy link]
|
|
NAURA AYU
Naura Ayu trauma dibuli sejak kecil
PENYANYI Naura Ayu sebenarnya sudah terbiasa menjadi mangsa buli sejak seawal usia sembilan tahun.
Bahkan, ketika pada awal kerjayanya sebagai penyanyi, Naura juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli oleh netizen yang menghentamnya dalam media sosial.
Akibatnya, penyanyi berusia 16 tahun itu terpaksa berdepan trauma sehingga menyalahkan diri sendiri kerana sering dibuli.
“Saya jadi tertanya-tanya kenapa sering menjadi mangsa buli?
“Sehingga saya bingung dan berasakan diri sangat buruk,” ujar kekasih kepada penyanyi Devano Danendra itu.
Disebabkan tekanan dan tidak tahan sering dibuli, Naura pernah terfikir untuk berhenti daripada menyanyi. Dia juga hilang keyakinan diri dan terasa seolah-olah tidak mempunyai peminat.
“Rasanya tiada siapa yang meminati saya sebagai penyanyi. Mereka yang membenci saya lebih ramai berbanding peminat,” katanya.
Bagaimanapun, Naura bersyukur kerana sejak pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, dia menjadi semakin tenang dan menjadi seorang pemaaf kepada netizen yang selama ini membuli dirinya.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/12 ... dibuli-sejak-kecil/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wah...mata dia....hehehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|