|
Rebel Wilson pernah dilarang turunkan berat badan
Rebel Wilson.
London elakon Rebel Wilson mengakui pernah dilarang untuk menurunkan berat badan oleh pihak pengurusannya kerana bentuk badannya yang besar itu memberikannya pendapatan lumayan.
Perkara itu dikongsikan Wilson ketika menjadi tetamu pada program BBC Breakfast, Selasa lalu.
"Saya sering dilarang oleh pasukan saya jika saya mengatakan mahu melakukan sesuatu yang sihat tahun ini seperti mengubah bentuk fizikal dan mengamalkan gaya hidup baru.
"Kemudian mereka mempersoalkan pilihan saya itu kerana saya menghasilkan wang yang banyak dengan menjadi wanita gemuk yang lucu," katanya.
Menurut Wilson, dia hairan apabila orang sering menganggap wanita yang ingin menurunkan berat badan adalah untuk penampilan dan meraih perhatian orang semata-mata.
"Gila kalau mahu berubah semata-mata untuk itu. Lebih baik fokus menjadi orang yang paling sihat," katanya.
Menurut Wilson, dulu dia sering melihat makanan sebagai cara terbaik untuk menutup segala masalah dalam hidupnya.
"Saya sedar yang pengambilan makanan ketika berada dalam keadaan emosi tidak membawa kepada kebaikan. Saya kini tidak lagi perlukan aiskrim setiap malam," katanya.
Pada November tahun lalu, Wilson berjaya menurunkan berat badan hingga mencapai berat badan ideal iaitu 74 kilogram.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... urunkan-berat-badan
|
|