|
BTS sapu sembilan trofi MAMA 2021 Oleh Fatin Farhana Ariffin - Disember 14, 2021 @ 7:20pm [email protected]
BTS berjaya mengekalkan rekod cemerlang apabila membawa pulang sembilan trofi menerusi MAMA 2021. - Foto AGENSI
KUALA LUMPUR: Kumpulan pop sensasi dari Korea Selatan, BTS berjaya mengekalkan rekod cemerlang apabila menjulang empat trofi utama menerusi Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2021 selama tiga tahun berturut-turut.
Secara keseluruhan, BTS berjaya mengungguli sembilan trofi termasuk empat kategori utama iaitu Lagu Terbaik menerusi Butter, Album Terbaik (BE), Ikon Seluruh Dunia Terbaik dan Artis Terbaik, manakala kategori lain seperti Artis Terbaik, Kumpulan Terbaik (Lelaki), Persembahan Tarian Terbaik (Kumpulan Lelaki), Muzik Video Terbaik, Momen Kegemaran TikTok dan Top 10 Pilihan Peminat Seluruh Dunia.
Bagaimanapun, BTS yang dianggotai RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook tidak dapat hadir pada acara MAMA 2021 yang berlangsung di Paju, Korea Selatan, baru-baru ini.
Secara keseluruhan, BTS berjaya mengungguli sembilan trofi termasuk empat kategori utama iaitu Lagu Terbaik menerusi Butter, Album Terbaik (BE), Ikon Seluruh Dunia Terbaik, Artis Terbaik, Kumpulan Terbaik (Lelaki), Persembahan Tarian Terbaik (Kumpulan Lelaki), Muzik Video Terbaik, Momen Kegemaran TikTok dan Top 10 Pilihan Peminat Seluruh Dunia.
Disyorkan Untuk Anda
Selain itu, penyanyi IU mengungguli kategori Artis Wanita Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik dan Kolaborasi Terbaik bersama AKMU.
Dua penyanyi Indonesia iaitu Anneth dan Lyodra menjadi pemenang Artis Asia Terbaik (Indonesia) dan Artis Baru Asia Terbaik MAMA 2021 (Indonesia).
Penyanyi IU mengungguli kategori Artis Wanita Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik dan Kolaborasi Terbaik bersama AKMU. - Foto AGENSIMenerusi MAMA 2021, penganjur turut mengumumkan pengiraan pemenang yang dipilih setiap kategori yang berbeza dari penyelenggaraan sebelumnya.
Peminat tidak terbabit dalam penentuan beberapa pencalonan seperti kategori Artis Terbaik, Lagu Terbaik dan Album Terbaik seperti tahun sebelum ini. Namun, kali ini pengiraan pemenang dilakukan menerusi penstriman global.
Bagaimanapun, bagi kategori Ikon Seluruh Dunia Terbaik dan Top 10 Pilihan Peminat Seluruh Dunia ditentukan menerusi pilihan peminat.
Bagi kategori Artis Terbaik dan Anugerah Kategori Artis, pengiraan berdasarkan 40 peratus juri, penjualan digital (20 peratus), penjualan album (20 peratus), video muzik (10 peratus) dan selebihnya menerusi platform muzik global.
Sementara itu, bagi kategori Lagu Terbaik dan Anugerah Kategori Genre Lagu adalah 40 peratus berdasarkan juri, penjualan digital (30 peratus), penjualan album (10 peratus), video muzik (10 peratus) dan platform muzik global (10 peratus).
MAMA 2021 boleh ditonton menerusi platform muzik hiburan terkemuka Asia, Joox. - AGENSI
|
|