|
Pengalaman Krismas Mariah
MARIAH tidak mahu buat orang lain sedih dengan pengalamannya.
Penyanyi tersohor antabangsa yang memiliki jutaan peminat iaitu Mariah Carey, 52, enggan dirinya cuba atau terus dibandingkan dengan Beyonce.
Kata penyanyi lagu All I Want for Christmas is You itu, dia begitu mengagumi dengan bakat luar biasa yang dimiliki Beyonce. Namun, cara mereka tetap berbeza.
Terdahulu, berita berkenaan dikongsi oleh Mariah dalam satu temu bualnya dengan E! selepas diajukan soalan adakah Mariah Carey dan Beyonce saling bersaing dalam industri muzik.
"Saya mencintai Beyonce dan saya sangat mengagumi bakatnya sebagai personaliti yang cukup hebat dalam industri muzik," katanya.
Hubungan baik Mariah dan Beyonce juga bukan lagi satu rahsia. Difahamkan Beyonce pernah hadir ke acara sambutan Hari Natal yang diadakan Mariah di New York tahun lalu.
Mereka juga sempat berfoto bersama di belakang pentas dengan anak-anak masing-masing.
Dalam pada itu, Mariah turut bercerita mengenai pengalaman kurang manisnya ketika menyambut Hari Natal ketika usia kanak-kanak.
Mariah berkata, dia berdepan beberapa masalah seperti kewangan dan identiti diri.
"Ketika saya masih kecil, saya membesar tanpa duit. Memiliki masalah identiti dan sepanjang perjalanan karier saya, banyak hal berlaku. Saya juga tidak pernah ceritakan kepada teman baik saya.
"Saya jarang bercerita kisah ini kerana tidak mahu membuat orang lain sedih kerana ia pengalaman yang tidak menyeronokkan pun," katanya.
Untuk rekod, lagu All I Want for Christmas is You adalah single 'hits' yang sudah berusia hampir 30 tahun.
Lagu terbabit menjadi salah satu lagu wajib sempena perayaan Hari Natal. Walaupun lagu itu pernah menjadi fenomena, namun Mariah mengaku karya itu bukan kegemarannya.
Kata Mariah lagi, dia memerlukan waktu untuk mencintai lagu terbabit dan mungkin masanya akan tiba juga.
"Saya kena belajar bagaimana diri saya hidup dengan kesalahan yang boleh diubah dan sekarang saya amat menyukainya.
"Apapun, istimewanya lagu ini juga susah memperkenalkan bakat nyanyian saya kepada dunia. Semoga anda mendengarkannya lagi pada tahun ini," katanya
.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... aman-krismas-mariah
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|