CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 967|Reply: 1

Bukan cereka biasa

[Copy link]
Post time 28-12-2021 01:05 PM | Show all posts |Read mode


SEBAIK treler siri terbaru Netflix, The Silent Sea dilancarkan baru-baru ini, ramai mata pasti tertancap dengan barisan pelakon yang membintanginya. Menampilkan Gong Yoo dan Bae Donna sebagai teraju utama, ia sudah cukup menguatkan perhatian pencinta siri Korea Selatan.

Siapa saja yang mengikuti karier lakonan Gong Yoo dan Bae Donna, tentu tahu betapa hebatnya profil kerjaya mereka. Kedua-duanya memang nama hebat yang sangat disanjung serta tidak pernah mengecewakan di layar perak.

Bergandingan pula untuk siri terbaru terbitan Jung Woo-sung itu, mereka jelas seronok dengan pengalaman dituai dalam menjayakan The Silent Sea. Mana tidak, ceritanya berkisar sains fiksyen iaitu pengembaraan ke bulan.

Jika ikutkan, genre cerita sebegitu masih asing dan agak baharu di Korea Selatan. Berbanding di Hollywood, produksi mereka harus membuktikan keseluruhan cereka sebegitu bertaraf tinggi.

Bagaimanapun, Bae Donna mengakui masing-masing memiliki tahap produksi yang berbeza. Pernah membintangi beberapa filem Hollywood sebelum ini, dia beranggapan banyak faktor berlainan jadi kekuatan sesebuah produksi.


BAE Donna puji kesungguhan kru hasilkan siri bertaraf tinggi itu.

"Filem sains fiksyen besar pertama yang saya jayakan adalah Cloud Atlas dan Jupiter Ascending. Satu hal yang sangat ketara adalah bajetnya cukup besar.

"Skalanya memang sangat besar dan ia bukan setakat skrin hijau semata-mata. Saya perasaan kenderaan contohnya motosikal terbang juga turut dibuat secara fizikal," katanya.

Dia mengakui kekuatan sebenar di sebalik produksi The Silent Sea tidak lain kesungguhan setiap satu individu yang terbabit. Terutama yang bekerja di belakang tabir, menurutnya merekalah nadi sebenar patut dipuji.

"Kalau saya nak buat perbandingan produksi sebegitu dengan The Silent Sea, saya tak rasa ia satu perbandingan yang adil. Tapi apa yang saya boleh cakap dengan yakin, adalah tenaga kerja cukup mengagumkan.

"Tahap kru yang kami ada melangkaui segala jumlah bajet dibelanjakan dalam mana-mana produksi. Justeru, saya tidak akan buat perbandingan daripada segi itu dengan produksi barat," katanya.


GONG Yoo seronok cabar diri di set The Silent Sea.

Bae Donna juga menekankan bahawa siri itu bukan sekadar cereka biasa. Sebaliknya, ia mampu memuaskan penonton dengan pelbagai elemen yang menarik disuntik bagi memantapkan lagi ceritanya.

"Jumlah kesabaran dan kesungguhan yang dipamerkan dalam produksi The Silent Sea jelas tiada tandingan. Mungkin kalau tonton treler, ia hanya sekadar siri sains fiksyen yang biasa.

"Tapi saya nak beritahu bahawa sebenarnya ia lebih daripada itu. Ada banyak misteri, elemen cemas, dan saya pasti sebaik menontonnya, kamu akan tahu apa saya maksudkan," katanya.

Bagi Gong Yoo pula, dia sentiasa teruja apabila kemampuan lakonannya dicabar dengan hal baharu. Dia sebolehnya mahu menyahut setiap cabaran demi tambah pengalaman.

Dalam The Silent Sea, dia menjadi ketua pengembaraan dalam kalangan kru yang ditugaskan ke bulan. Manakala, di luar pula, dia menjadi teraju utama untuk barisan pelakon bernama hebat.

Namun begitu, Gong Yoo tidak pernah meletakkan beban kepada dirinya dan anggap tugasan itu sama rata dengan yang lain. Jauh sekali merasa dirinya paling hebat berbanding yang lain.



"Sangat menyeronokkan setiap kali dapat merasa pengalaman baharu. Saya sendiri adalah seorang yang sangat suka terbabit dalam apa jua pengalaman baharu.

"Saya dapat kepuasan daripada pengalaman sebegitu. Meskipun apa juga penerimaannya kelak, satu pengalaman mengagumkan apabila mencuba dan merasai cabaran baharu.

"Ramai beritahu saya sangat bertuah dapat melakonkan watak cukup besar sebagai ketua yang bagus dalam kalangan pelakon terbabit. Bagaimanapun, saya percaya mereka cuma mahu sedapkan hati saya," katanya.

Bagi Gong Yoo, dia cuma berusaha memberikan tahap lakonan terbaik berserta yang lain. Tidak ketinggalan, ikatan persahabatan terbina antara mereka lebih berharga untuknya.

"Ia bukan sesuatu tugasan yang sukar bagi saya kerana saya dan kesemua pelakon lain ada misi sama. Kami semua profesional dan melakukan tugasan diberikan kepada masing-masing sebaiknya.

"Kami turut berkongsi banyak kenangan indah dan menjadi sahabat baik sepanjang tempoh penggambaran. Maka, saya tidak anggap ia sebagai cabaran, sebaliknya sangat menyeronokkan bagi saya," katanya.

Selain Gong Yoo dan Bae Donna, siri terbabit turut dibintangi Kim Sun-Young, Lee Moo-saeng, Lee Sung-wook, Heo Sung-tae, dan Lee Joon. The Silent Sea mula ditayangkan di Netflix sejak 24 Disember.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2022 06:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntahla..bosan je citernya eventho aku suka kalau doo na blakon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.113234 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list