CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 971|Reply: 5

Lata Mangeshkar masih dalam ICU selepas positif COVID-19

[Copy link]
Post time 16-1-2022 12:31 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan kesihatan Lata Mangeshkar semakin baik apabila menerima rawatan dan pemantauan rapi di ICU sejak minggu lalu. - Foto AGENSI

KUALA LUMPUR: Penyanyi legenda Bollywood, Lata Mangeshkar masih ditempatkan dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Breach Candy, Mumbai, India selepas disahkan positif COVID-19 dan mengalami jangkitan kuman pada paru-paru, sejak minggu lalu.

Mengikut laporan portal E Times, penyanyi berusia 92 tahun yang banyak meminjamkan suara kepada ratusan bintang Bollywood itu ditempatkan di ICU biarpun hanya menghidapi simptom ringan, ekoran usianya.

Adiknya, Asha Bhosle memberitahu, keadaan kesihatan penyanyi lagu Humko Humise Chura Lo, Lag Jaa Gale dan Bholi Si Surat itu semakin baik sejak kelmarin.

"Tiada siapa dibenarkan masuk. Saya pergi sekali, tetapi, tidak dibenarkan masuk ke perkarangan hospital. Terdapat sekatan dan protokol ketat perlu dipatuhi memandangkan situasi pandemik.


"Keadaan beliau semakin baik, lebih baik daripada sebelum ini. Bagaimanapun, saya pula tidak sihat apabila batuk dan selsema.

"Namun, saya bukanlah dijangkiti COVID-19, hanya disebabkan cuaca," kata Bhosle.

Bhosle memberitahu portal E Times, adiknya, Usha Mangeshkar sempat berhubung dengan kakak sulungnya itu dan sering mengemas kini perkembangan kesihatannya menerusi panggilan video.

"Beliau berada di bawah pemantauan Dr Pratit Samdani yang juga doktor peribadinya sejak beberapa tahun lalu.

"Terdapat sedikit tindak balas dan peningkatan kesihatannya, buat masa ini," kata Bhosle.


Asha Bhosle (kiri) sering memantau perkembangan kesihatan kakak sulungnya, Lata Mangeshkar yang masih dirawat di ICU. - Foto AGENSI

Sementara itu, Dr Pratit Samdani memberitahu, Mangeshkar masih berada di ICU sejak minggu lalu.

"Kami perlu memantau dan pemulihan kesihatannya akan mengambil masa. Ini berikutan beliau perlu dirawat dengan teliti berikutan jangkitan COVID-19 dan radang paru-paru.

"Namun, keadaan beliau stabil dan tidak menggunakan oksigen. Mangeshkar akan terus dirawat di ICU selama 10 hingga 12 hari," katanya.

Terdahulu, Mangeshkar dikejarkan ke Hospital Breach Candy selepas disahkan positif COVID-19, minggu lalu.

Penyanyi bersuara lunak merdu yang dikenali sebagai 'The Nightingale of India' itu memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada usianya 13 tahun dan sudah merakamkan lebih 30,000 lagu dalam 36 bahasa termasuk Hindi, Tamil, Malayalam dan Bengali sejak 1942.

Sumbangan utama Mangeshkar tentunya pada industri pawagam Hindi. Daripada muzik klasik kepada lagu filem, ghazal bhajans, pop dan banyak genre lagi.

Jumlah lagu dirakamkan antara 1974 hingga 1991 menjadikan namanya tercatat dalam Guinness Book of World Records. - AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2022 07:57 AM | Show all posts
Get well soon
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2022 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
RIP.. Baru je dikhabarkan sudah meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 03:12 PM | Show all posts
ha ah meninggal dah dia.. umur pun dah lanjut.
pasni lagu hindi xde dah sora2 dia. RIP.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
RIP Lata
suara yg sedap didgr
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Rip, baru tau dia dah takde. Suara dia sangat sedap
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.201262 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list