View: 652|Reply: 0
|
Celine Dion alami penyakit kejang otot teruk
[Copy link]
|
|
Celine Dion
Los Angeles: Penyanyi Celine Dion, 53, terpaksa membatalkan konsert siri jelajah di Amerika Utara yang sepatutnya berlangsung pada 9 hingga 22 April depan, akibat masalah kesihatan.
Menerusi kenyataan media rasminya, penyanyi My Heart Will Go On itu berdepan penyakit kekejangan otot teruk yang berterusan.
Pembatalan itu menyusul tiga bulan selepas dia mengumumkan untuk tidak kembali beraksi di Las Vegas berikutan masalah kesihatan yang sama.
"Celine baru-baru ini menerima rawatan kerana mengalami kekejangan otot teruk dan berterusan yang menghalangnya membuat persembahan serta perlu ambil masa untuk sembuh," demikian pengumuman itu.
Celine Dion berkata, dia sebenarnya menaruh harapan tinggi untuk dapat kembali ke pentas namun akur perlu bersabar demi kesembuhannya.
"Saya sangat berharap keadaan sudah mengizinkan untuk kembali beraksi, namun nampaknya kena bersabar dulu dan patuh dengan aturan ditetapkan doktor," katanya.
Dalam pada itu, Celine Dion turut bersyukur terus mendapat kata-kata semangat daripada ramai untuknya kembali sihat seperti sedia kala. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|