View: 567|Reply: 0
|
Gabriella Desta Tak Ingin Bercinta Dengan Artis Kerana Selalu Disakiti
[Copy link]
|
|
Pelakon filem Rasuk, Gabriella Desta mendedahkan dia sudah beberapa kali menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki dalam kalangan pelakon.
Pun begitu, hubungan berkenaan selalu berakhir dengan kekecewaan.
"Saya selalu disakiti. Kisah cinta saya selalu berakhir tragis. Ia sangat menyedihkan dan menyakitkan.
"Saya pernah bersama dengan beberapa pelakon lelaki. Mereka sama sahaja. Semuanya menyakiti hati saya. Bagaimanapun, saya tidak boleh dedahkan nama-nama mereka," katanya.
Enggan terus dilukai, Gabriella kini memilih untuk berkenalan dengan lelaki yang pekerjaannya berbeza dengan karier diceburi wanita berkenaan.
"Bukan sebab trauma tapi malas untuk bercinta dengan lelaki dari bidang kerja sama. Selepas ini, saya cari lelaki yang biasa-biasa saja,"katanya.
Gabriella adalah seorang pelakon dan model berasal dari Indonesia. Wanita itu berusia 25 tahun dan mulai berkecimpung dalam dunia lakonan sejak 2019. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|