View: 383|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Operasi memadam tapak pelupusan sampah sebabkan tekanan air rendah
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Kebakaran_Tapak_Pelupusan_Pulau_Burung_1643775831.jpg)
Tapak pelupusan sampah Pulau Burung, Nibong Tebal yang terbakar sebelum ini. Foto Ihsan YB Phee Boon Poh
Nibong Tebal: Punca masalah tekanan air rendah yang dihadapi di beberapa kawasan di sekitar Seberang Perai Selatan di sini, dikatakan berpunca daripada operasi pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Datuk Ir Jaseni Maidinsa berkata, kebakaran yang berlaku di tapak pelupusan sampah itu pada 12 Januari lalu menyebabkan pili air PBAPP di kawasan berdekatan digunakan bagi operasi terbabit.
"Anggota bomba mendapatkan air dari sungai berhampiran, manakala bomba sukarela dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengambil air dari pili air PBAPP yang terletak di sekitar kawasan tapak pelupusan sampah.
"Usaha memadam kebakaran seperti ini secara kebetulan mengurangkan tekanan air di beberapa kawasan di Seberang Perai Selatan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu, Jaseni berkata, faktor lain yang memburukkan lagi isu tekanan air rendah ialah cuaca panas digabungkan dengan permintaan air yang tinggi sebelum perayaan Tahun Baharu Cina.
"Oleh kerana suhu cuaca yang tinggi, lebih ramai pengguna di Seberang Perai menggunakan lebih banyak air setiap hari khususnya masyarakat yang membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.
"Ketika orang ramai menyambut Tahun Baharu Cina ini, trend penggunaan tinggi perayaan tahunan ini berkemungkinan berterusan sehingga pertengahan bulan ini," katanya.
Jelasnya, permintaan air di daerah itu didapati meningkat dengan ketara disebabkan oleh pertumbuhan sosio ekonomi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Berikutan itu, katanya, PBAPP sedang berusaha untuk menangani isu tekanan air rendah di daerah berkenaan dengan mewujudkan langkah jangka pendek dan panjang.
"Bagi pelan jangka pendek, PBAPP sedang menggunakan sumber dan melaksanakan langkah kejuruteraan bekalan air jangka pendek bagi meredakan keadaan.
"Untuk jangka panjang pula, PBAPP mencadangkan pelaksanaan lima projek kejuruteraan bekalan air dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang bagi memastikan keselamatan dan kestabilan bekalan air di seluruh Seberang Perai sehingga 2030," katanya.
Difahamkan, antara kawasan yang mengalami masalah tekanan air rendah membabitkan beberapa perumahan seperti Residensi Merbok, Taman Seruling Emas, Taman Widuri, Sungai Duri dan kawasan berhampirannya.
Ia disebabkan kedudukan perumahan itu terletak di kawasan yang lebih tinggi atau di hujung paip agihan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|