CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 581|Reply: 3

[Pulau Pinang] Pergaduhan di Medan Renong hanya salah faham

[Copy link]
Post time 3-2-2022 02:41 PM | Show all posts |Read mode
Pergaduhan di Medan Renong hanya salah faham

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Februari 3, 2022 @ 12:24pm[email protected]


Tangkap layar video tular insiden pergaduhan dipercayai membabitkan peniaga di Kompleks Makanan Medan Renong Padang Kota Lama. - Foto tular



GEORGETOWN: "Tidak benar insiden pergaduhan berlaku membabitkan pelanggan dengan peniaga, sebaliknya ia hanya salah faham antara peniaga di sini," kata Pengerusi Persatuan Penjaja Kompleks Makanan Medan Renong Padang Kota Lama, Asmadi Mohd Razali mengenai video insiden pergaduhan yang tular di media sosial sejak semalam.

Asmadi berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 malam pada Selasa lalu, dan kebanyakan peniaga sedang berkemas bagi menutup premis masing-masing.

Katanya, dipercayai insiden itu berpunca salah faham dan masalah peribadi antara dua peniaga di situ sejak sekian lama dan ia sudah diselesaikan dengan baik.

"Ia tidak membabitkan kerosakan harta benda, kecederaan antara peniaga atau pelanggan dan perbalahan itu hanya berlaku sebentar sahaja.

"Ketika kejadian, kebanyakan peniaga sedang berkemas bagi menutup operasi premis masing-masing pada jam 12 malam.

"Memang ada pelanggan yang masih menikmati makanan pada ketika itu namun tidak ramai," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menerusi video tular berdurasi selama 1 minit 12 saat itu memaparkan pergaduhan yang berlaku ketika pelanggan sedang menjamu selera.

Perkongsian video itu mendapat perhatian warganet dan ada yang mendakwa ia berlaku kerana 'berebut pelanggan'.

Bagaimanapun, Asmadi meminta orang ramai supaya tidak melakukan sebarang spekulasi sehingga mencemarkan imej kompleks makanan berkenaan yang menjadi tumpuan pengunjung ke Pulau Pinang.

Katanya, pihaknya juga memberi jaminan bahawa kompleks yang mempunyai 32 gerai dan menawarkan pelbagai makanan serta minuman itu selamat dikunjungi.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2022 02:42 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 02:49 PM | Show all posts
perangai satu macam.. kalau dok kat meja depan gerai dia, kena order kat dia ja, tak boleh order kat gerai lain. kalau order gerai lain, bising berkicau kemain. kalau dok dpn gerai org, meja kotor pun dia takmau tolong lap.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 02:49 PM | Show all posts
byk lg tempat nk p dr p tempat ni... dah la view kena tutup lama dah, gigih la org luar mai menyemak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.061358 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list