CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 423|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang mahu guna teknologi peranti perubatan mudah alih

[Copy link]
Post time 17-2-2022 01:49 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang mahu guna teknologi peranti perubatan mudah alih
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 17 Februari 2022


Dr Norlela


GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang bercadang untuk menyediakan teknologi peranti perubatan mudah alih bagi kegunaan 20 buah ambulans dan wad rawatan pesakit Covid-19 di hospital di negeri ini.


Exco Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar serta Kesihatan, Dr Norlela Ariffin berkata, penggunaan teknologi peranti perubatan mudah alih itu akan membantu memudahkan pemeriksaan dan mendapatkan diagnosis awal pra-hospital sekali gus melancarkan operasi di jabatan kecemasan.


Menurutnya, sebanyak RM1.06 juta diperlukan untuk penyediaan peranti perubatan mudah alih itu yang dilihat akan turut mempertingkatkan 'response time' panggilan kecemasan.


"Peruntukan itu dirancang untuk membeli peranti ultrasound, electroensefalogram (EEG) dan elektrokardiogram (ECG) khususnya untuk kegunaan dalam ambulans bagi memudahkan pegawai perubatan mengenal pasti kecederaan dalaman yang dihidapi pesakit.


"Peranti ultrasound mudah alih tersebut mampu memberikan imbasan awal organ, abdomen, saraf dan sebagainya,"katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.


Mengulas lanjut Dr Norlela berkata, imbasan EEG merupakan teknologi terkini yang belum digunakan di Malaysia, merupakan alat untuk mengukur aktiviti otak (khasnya buat pesakit strok atau pesakit tidak sedarkan diri).


Katanya, pesakit strok berpotensi pulih jika diberi rawatan awal secara Trombektomi Mekanikal (pembedahan) dan Terapi Trombolitik (suntikan ubat).


Beliau berkata, sepanjang 2021 sebanyak 80,000 kes strok telah dilaporkan namun Malaysia tidak mempunyai teknologi dan peralatan yang lengkap untuk membantu pesakit strok secara pantas.


Jelasnya, ECG digunakan untuk membaca degupan jantung, malah sesuai untuk dimasukkan ke dalam Program Penang Heart Safe CPR dan Mesin AED untuk komuniti.


Lebih memudahkan katanya kesemua bacaan dan imbasan tersebut mampu dipamerkan menerusi gajet dan boleh dikongsi melalui siaran langsung dan kiriman melalui WhatsApp dan e-mel.


"Sebelum ini kita mendapat permintaan daripada pengarah jabatan kecemasan dan pegawai perubatan telah meminta memperbanyakkan 'Multipurpose Scanner' (curve) secara spesifik untuk diletakkan di dalam ambulans untuk mengenal pasti kecederaan dalaman secara ultrasound.


"Dengan teknologi yang digunakan, pegawai perubatan di hospital boleh menerima visual kecederaan pesakit yang dihantar oleh paramedik dari ambulans secara jelas dan terperinci, sekali gus pesakit boleh terus dihantar ke bilik bedah untuk rawatan.


"Keadaan ini secara tidak langsung dijangka dapat mengurangkan 90 peratus bilangan pesakit yang perlu datang dan tunggu di jabatan kecemasan sebelum jumpa doktor untuk membuat ujian dan pemeriksaan awal sebelum menerima rawatan," katanya.


Beliau berkata, pembelian peranti perubatan mudah alih itu sangat diperlukan memandangkan ia boleh mengimbas keadaan paru-paru penghidap Covid-19 menggunakan peralatan ultrasound tersebut.


Tambahnya, pesakit Covid-19 boleh melakukan pemeriksaan diagnostik guna 'wireless handheld devices" ini di wad tanpa perlu di hantar ke makmal dan memerlukan pemindahan pesakit Covid-19 yang menyukarkan.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... erubatan-mudah-alih
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 10:56 PM GMT+8 , Processed in 1.396442 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list