View: 385|Reply: 0
|
[Kedah]
Bekas pegawai polis didakwa terima rasuah RM500
[Copy link]
|
|
Alor Setar: Bekas pegawai polis berpangkat Inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM500 pada 2015 lalu.
Tertuduh, Mohamad Hilmi Abd Hamid, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling secara rasuah menerima wang RM500 sebagai dorongan bagi membantu Zulkifli Ahmad, 46, yang positif morfin hanya menjalani hukuman pengawasan dan tidak dihantar ke pusat serenti.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan kedai makan Cili Merah, Kampung Ceruk Bemban, Kupang pada 3.45 petang, 17 April 2015.
Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2019 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan didenda lima kali ganda suapan atau RM10,000.
Pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah Mohd Zulfadli Azharudin, manakala tertuduh diwakili S Parameswaran.
Mohd Zulfadli kemudiannya meminta mahkamah menetapkan wang jaminan ditetapkan sebanyak RM20,000 dan tertuduh perlu melapor diri di Pejabat SPRM terdekat setiap bulan sepanjang perbicaraan kes.
Parameswaran dalam rayuannya meminta wang jaminan ditetapkan sebanyak RM10,000 berikutan anak guamnya sudah meletak jawatan sebagai pegawai polis dan bekerja sebagai pegawai keselamatan dengan pendapatan RM3,000 sebulan sejak 2019.
Selain itu, Mohamad Zulhilmi yang bekerja di Perai, Pulau Pinang juga perlu menyara isteri dan dua anaknya yang masih bersekolah selain turut membantu menjaga ibu kandung dan ibu mentuanya.
Mahkamah kemudiannya menetapkan tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM12,000 beserta seorang penjamin selain perlu menyerahkan pasport dan melapor diri di Pejabat SPRM Sungai Petani dua bulan sekali.
Harmi turut memutuskan 22 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Tertuduh kemudian membayar wang jaminan berkenaan di kaunter Kompleks Mahkamah Alor Setar.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... terima-rasuah-rm500 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|