View: 433|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Sektor perhotelan Pulau Pinang perlu 10,000 pekerja
[Copy link]
|
|
Kakitangan Hotel Berjaya Pulau Pinang, Nur Qistina Amirah Ed Saputra (kiri) dan Azizan Aizz melakukan pembersihan di sebuah bilik hotel sebagai persiapan menyambut pelancong. - Foto BERNAMA
GEORGETOWN: Industri perhotelan di negeri ini dijangka mengambil masa antara tiga hingga enam bulan lagi untuk pulih sehingga 20 peratus selepas pandemik COVID-19.
Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Pulau Pinang Tony Goh, berkata kira-kira 8,000 hingga 10,000 pekerja industri itu kehilangan mata pencarian sepanjang tempoh pandemik.
Ketika ini, katanya, kebanyakan hotel beroperasi dengan kapasiti 50 peratus pekerja manakala 50 peratus berhenti bagi menceburi bidang lain sepanjang tempoh itu.
"Industri ini antara paling teruk terjejas dan untuk pulih, ia memerlukan ramai pekerja tempatan bagi menampung semula 10,000 pekerja yang kehilangan sumber pencarian itu.
"Industri ini dijangka pulih sekitar 20 peratus dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang dan kita perlu bekerjasama dengan semua pihak bagi menangani situasi ini.
"Walaupun banyak peluang perniagaan wujud ketika pandemik, industri hotel tetap mengalami kesan ketara," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Ekspo Jom Cari Kerja 2022 di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, hari ini.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin.
Ekspo berkenaan akan diadakan di Hotel The Wembley-A St Giles di sini, pada 9 April dan Hotel Ixora, Prai pada 16 April ini.
Setakat ini, sebanyak 89 hotel di Pulau Pinang berdaftar di bawah MAH.
Sementara itu Soon Hin berkata, pempamer pada ekspo berkenaan merangkumi sektor hotel, agensi pelancongan, tempat tarikan dan lain-lain lagi berkaitan pelancongan.
Katanya, ekspo itu bertujuan mewujudkan platform pengambilan terbuka kepada pekerja industri bagi meneroka, menilai dan berkomunikasi dengan bakat sedia ada.
"Dengan adanya platform ini, banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi dalam industri pelancongan dan hospitaliti dapat diwujudkan khususnya kepada warga Pulau Pinang.
"Cabaran mencari pekerja ketika ini agak sukar kerana orang ramai sudah mula selesa dengan pekerjaan yang dilakukan ketika pandemik," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... perlu-10000-pekerja |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|