CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 408|Reply: 0

[Pulau Pinang] OKU terharu dapat kereta daripada Ebit Lew

[Copy link]
Post time 6-4-2022 11:20 AM | Show all posts |Read mode

EBIT Lew menghadiahkan sebuah kereta Proton Saga BLM kepada Siti Aminah Jamalludin dan suaminya, Mohd. Sofi Osman bagi memudahkan urusan pergerakan mereka seharian. – FOTO/FACEBOOK EBIT LEW


BUTTERWORTH: Pasangan suami isteri orang kurang upaya (OKU) yang tular ketika melintas jalan di persimpangan lampu isyarat dekat Jalan Bagan Luar, di sini baru-baru ini dengan menggunakan kerusi roda terharu apabila mendapat sumba­ngan sebuah kereta oleh pence­ramah terkenal, Ebit Lew.

Mohd. Sofi Osman, 38, ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, dia dan isteri, Siti Aminah Jamalludin, 30, berte­rima kasih kepada pihak Ebit Lew yang begitu prihatin dalam membantu meringankan beban mereka sekeluarga.

“Memang tak sangka ustaz (Ebit) datang dengan anak buah (pasukan), kira-kira tiga buah kereta datang rumah semata-mata nak bantu kami.

“Dengan adanya kereta ini mudahlah kami nak bergerak ke mana-mana. Rasa terharu dan syukur sangat. Mungkin ini yang dikatakan berkat bulan Ramadan,” katanya.

Sementara itu, melalui per­kongsian Ebit Lew di Facebook rasminya semalam me­nyatakan pihaknya terpanggil menghadiahkan sebuah kende­raan kepada pasangan tersebut bagi memudahkan urusan pergerakan mereka seharian.

“Sebak syukur baru selesai hadiahkan Proton Saga BLM buat suami yang viral tolak isteri dengan kerusi roda di lampu isyarat (dekat) Bagan Dalam.

“Pasangan suami isteri ini ada kad OKU. Sedih tengok suami isteri ni. Ujian mereka,” katanya.

Menceritakan detik pertemuan mereka semalam, Ebit ber­kata pasangan tersebut tidak menyangka kehadirannya sekali gus membeli kereta tersebut secara tunai untuk meringankan beban suami isteri tersebut.

“Menangis gembira kakak ni. Kenal saya. Terkejut dan tak sangka sampai ke sini. Kakak terkejut tak sampai sejam selesai dapat kereta baru. Bayar tunai dekat kedai. Pemilik kedai pun baik. Berkat Ramadan kedua,” katanya lagi.

Ahad lalu, Mingguan Malaysia melaporkan seorang wanita yang merupakan OKU cacat kaki dan tangan serta suaminya cekal menjalani kehidupan de­ngan hanya berkerusi roda untuk ke satu-satu destinasi.

Kisah pasangan itu tular apabila seorang pengguna media sosial TikTok merakam detik Mohd. Sofi menolak kerusi roda yang dinaiki Siti Aminah bersama anak perempuan mereka ketika dalam keadaan cuaca panas terik di persimpangan lampu isyarat dekat Bagan Luar, di sini baru-baru ini telah mengundang rasa simpati warganet. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... -daripada-ebit-lew/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.043905 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list