CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 453|Reply: 1

[Pulau Pinang] Makanan dalam tin pun naik harga

[Copy link]
Post time 7-4-2022 09:31 AM | Show all posts |Read mode


GEORGE TOWN: Peniaga runcit di negeri ini bingung memikirkan kenaikan harga bagi produk makanan dalam tin sehingga 20 peratus sejak minggu lalu dan meminta kerajaan memantau segera isu tersebut.

Tinjauan Utusan Malaysia di kedai runcit dan pasar awam daerah Barat Daya di sini mendapati, ada dalam kalangan peniaga enggan mengambil stok dalam kuantiti yang banyak selain terpaksa berkali-kali menampal pelekat harga baharu.

Bukan setakat itu, ada dalam kalangan peniaga yang merungut mengenai kesukaran untuk memperoleh produk makanan tersebut.

Seorang peniaga kedai runcit yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 45, berkata, dia terpaksa berdepan kenaikan harga sebahagian besar produk makanan dalam tin antara 10 hingga 20 peratus sejak minggu lalu.

Menurutnya, kesemua produk itu digunakan dalam penyediaan masakan nasi tomato, ayam masak merah, mi kuah dan sup serta untuk pembuatan biskut, kek dan pembancuh minuman.

“Harga bagi sup tomato dalam tin sebelum ini dijual RM4 satu tin tetapi sekarang menjadi RM4.30 hingga RM4.50 satu tin. Harga puri tomato juga naik daripada RM4.80 kepada RM5 manakala sardin kini naik 30 sen.

“Bukan setakat itu, produk susu cair dan pekat juga sudah naik harga daripada RM2.70 kepada RM3 satu tin ketika ini. Melihat situasi ini, saya kini terpaksa berganti-ganti menampal pelekat harga pada rak untuk pengetahuan pelanggan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Dalam pada itu, Ahmad memberitahu, kenaikan secara mendadak antara 30 sen hingga 50 sen menjelang Ramadan kali ini bukan sahaja membebankan peniaga, malah pengguna.

“Bekalannya juga sebelum ini sukar diperoleh dan dihantar oleh pemborong. Saya jangka, mungkin ada pengeluar sengaja mahu mengehadkan pengeluarannya disebabkan permintaan tinggi ketika ini dan mahu naikkan lagi harga menjelang perayaan Aidilfitri.

“Kami harap kerajaan dapat memantau segera kenaikan produk makanan dan masakan dalam tin bagi mengelak berlakunya kenaikan harga juadah makanan terlampau,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga nasi tomato dan katering kenduri, Zalifa Md. Razali, 45 berkata, dia terpaksa menetapkan harga baharu bagi satu set hidangan nasi tomato dengan kenaikan sehingga RM2 pada Ramadan kali ini.

“Kami terdesak untuk menaikkan harga juadah nasi tomato daripada RM8 tahun lalu menjadi RM10 bagi setiap set yang disajikan dengan lauk daging masak hitam, ayam masak merah dan jelatah.

“Ini berikutan kenaikan hampir keseluruhan barang mentah yang digunakan dalam masakan terutama daging dan ayam. Kami sedaya upaya mahu memuaskan hati pelanggan dengan menu yang dipasarkan selain mahu mengekalkan identiti perniagaan nasi tomato ini,” ujarnya.

Tambah Zalifah, kenaikan produk makanan dan masakan dalam tin kemungkinan disebabkan permintaan tinggi dalam kalangan peniaga sepanjang Ramadan selain tempahan luar biasa yang diterima daripada pelanggan ketika negara sudah memasuki fasa endemik. –UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/berita ... tin-pun-naik-harga/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2022 10:38 AM | Show all posts
jgm kacau kpdnhep...dorang sibuk kt pasar ramadan nk jg harga kuih goreng pisang bagai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.256211 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list