View: 279|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Peniaga ayam di Pulau Pinang jual ikut harga ditetapkan
[Copy link]
|
|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/ayamng_1649308073.jpg)
Zailan Abu Kassim menjual ayam pada harga ditetapkan. - Foto NSTP/Nur Izzati Mohamad
BUTTERWORTH: Peniaga ayam di Pasar Awam Bagan Ajam, di sini menjual ayam pada harga RM8.90 sekilogram seperti ditetapkan kerajaan dalam skim kawalan harga.
Wakil peniaga, Zailan Abu Kassim, 59, berkata kesemua mereka terpaksa akur dengan penetapan harga itu biarpun ia tidak mendatangkan keuntungan seperti dahulu.
"Isu harga ayam ini dah terlalu lama sampai tak tahu nak kata apa. Sebagai peniaga ikut sahajalah saranan yang ditetapkan.
"Apatah lagi, sekarang pengguna pun tersepit sebab bukan kata ayam sahaja naik harga tetapi boleh kira semua barang sekarang mengalami kenaikan," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.
Zailan berkata, dia yang berniaga ayam sejak 20 tahun lalu mengakui keuntungan diperoleh menyusut, namun masih bersyukur kerana boleh bertahan sehingga hari ini.
"Dulu memang seronok berniaga ayam terutama sekali bila raya, sekarang ini seronok juga tapi tak dapat dibandingkan dengan dulu betapa meriahnya suasana di pasar awam dengan kehadiran pengunjung.
"Harga ayam sekarang pula tak tentu, tambah saya ada dengar harga dedak akan dinaikkan yang semestinya akan memberi tekanan kepada peniaga.
"Mana tidaknya, di peringkat penternak, pemborong yang naikkan harga, tiba-tiba peniaga juga dipersalahkan pengguna," katanya yang menjual ayam sekitar 80 ke 100 ekor sehari.
Dalam pada itu, Zailan berkata, kesemua peniaga ayam di situ juga mencari pendapatan sampingan melalui penjualan bahagian dalam ayam seperti hati, pedal dan rangka ayam.
"Melalui penjualan ini (bahagian dalaman ayam) yang mendatangkan sedikit untung kepada peniaga," katanya.
Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang memaklumkan bahawa tidak menerima sebarang aduan berhubung kenaikan harga ayam.
https://www.bharian.com.my/berit ... ut-harga-ditetapkan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|