View: 356|Reply: 0
|
[Kedah]
Dua tahun gatal seluruh badan, rupanya tanda kanser
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Zue_sendphoto_1649476811_1649477869.jpg)
MOHAMAD Azril Hafiz bersama isterinya, Noor Asyikin yang menghidap kanser limfoma Hodgkin. FOTO Zuliaty Zulkiffli
Kubang Pasu: Noor Asyikin Abdul Aziz, 29, pada mulanya menyangka dia hanya mengalami alahan kulit selepas seluruh badan gatal dan terpaksa menggaru sehingga luka.
Keadaan itu berlarutan hampir dua tahun sebelum dia membuat pemeriksaan di Hospital Jitra dan dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk rawatan susulan.
Akhirnya dia dimaklumkan doktor bahawa dia menghidap kanser limfoma Hodgkin tahap tiga apabila terdapat benjolan di lehernya selepas menjalani beberapa ujian kesihatan.
"Saya sama sekali tidak menyangka gatal di badan membawa petanda saya menghidap kanser namun saya kuatkan semangat dan menjalani rawatan seperti disaran doktor.
"Keadaan itu bertambah perit apabila suami, Mohamad Azril Hafiz Zainon, 26, yang bekerja sebagai pemandu bas ketika itu hilang pekerjaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit, di sini hari ini.
Noor Asyikin berkata, setakat ini, dia sudah selesai menjalani enam kali rawatan kimoterapi di HSB.
Dia yang sebelum ini bekerja di sebuah kilang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji hampir setahun kerana keadaan kesihatannya tidak menentu selain perlu menjalani rawatan susulan.
"Suami yang banyak menguruskan saya ketika itu dan kami terpaksa mengambil keputusan membuat pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) saya setiap bulan untuk menampung kehidupan selain kos berulang-alik ke hospital," katanya.
Menurutnya, selepas keadaan pulih, dia hanya sempat bekerja selama sebulan apabila kanser itu menyerang semula.
Katanya, dia perlu menjalani rawatan kimoterapi sekali lagi seperti disarankan doktor.
Sementara itu, Mohamad Azril Hafiz berkata, dia yang baru mendapat kerja sebagai pemandu bas ekspres terpaksa meninggalkan isterinya selama 10 hari untuk bekerja terutama ketika musim perayaan ini.
Katanya, isterinya pula akan menjalani rawatan transplan stem sel di Hospital Ampang, Selangor bulan depan.
"Saya pula baru bekerja dan tak sempat kumpul wang memandangkan tarikh temu janji doktor di Hospital Ampang semakin dekat," katanya.
Mohamad Azril berkata, dia harap kesihatan isterinya semakin baik walaupun dimaklumkan rawatan transplan itu adalah antara alternatif untuk membantu isterinya.
Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh menghubungi pasangan itu di 014-2481282.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... upanya-tanda-kanser |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|