CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 402|Reply: 0

Rezeki Faizal di bumi Ireland

[Copy link]
Post time 16-4-2022 09:23 AM | Show all posts |Read mode

BEKAS badang negara, Mohd Faizal Baharom sedang melatih atlet angkat berat di kelab di Republik Ireland. FOTO ihsan MOHD FAIZAL BAHAROM

Kuantan: Bekas badang negara yang memenangi pingat emas Sukan Komanwel 2006 di Melbourne, Mohd Faizal Baharom kini berkelana mencurah pengalaman kepada atlet angkat berat di kelab berpangkalan di Dublin.

Siapa sangka, budak kampung yang mula melakar nama di pentas Sukan Malaysia (Sukma) kini menjadi individu pertama negara memikul tugas sebagai jurulatih di luar negara.

"Saya menerima tawaran kelab itu selepas memikirkan terdapat beberapa atlet terbaik negara itu sedang membuat persiapan ke kejohanan peringkat kebangsaan selain ada yang menjadi sandaran untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

"Saya dapat melihat potensi sukan angkat berat di Ireland sangat cerah dan tidak mustahil akan menyerlah di pentas antarabangsa sedikit masa lagi," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau yang sebelum ini pernah menjadi jurulatih remaja kebangsaan dan jurulatih pasukan kebangsaan serta Pahang berpendapat, cabaran baru buatnya untuk mengembangkan pengalaman dalam bidang kejurulatihan terutama di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, tidak dinafikan kali pertama memikul tugas sebagai jurulatih antarabangsa, perasaan bimbang tidak dapat dielakkan, namun selepas hampir seminggu bersama mereka, keserasian sudah mula dapat dirasai.

Bekas atlet kelahiran Rompin itu berkata, matlamatnya kini adalah membuktikan dia mampu memikul tugas sebagai jurulatih bertaraf antarabangsa dan pengalaman sebagai atlet dan jurulatih negara sebelum ini akan digunakan sepenuhnya.

"Dalam tempoh dua tahun kontrak, saya perlu buktikan sesuatu kepada pihak pengurusan kelab bahawa kehadiran saya memberi kemajuan kepada atlet perempuan dan lelaki mereka.

"Banyak perkara saya perlu beri tumpuan dan selain sistem latihan, turut diutamakan pemakanan dan penyertaan kejohanan.

"Saya turut terbabit dalam program mencungkil bakat baharu dan berharap peminat sukan angkat berat tanah air dapat mendoakan kejayaan saya di bumi orang ini kerana saya turut membawa bersama imej negara," katanya.

Mohd Faizal berkata, pengorbanannya untuk menjadi jurulatih di luar negara begitu mencabar terutama apabila membuat keputusan menamatkan perkhidmatan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas tujuh tahun bertugas di Hospital Muadzam Shah, Rompin.

Menurutnya, dia terpaksa berjauhan dengan keluarga dan dia tidak dapat pulang ke tanah air bagi menyambut Aidilfitri, bulan depan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... zal-di-bumi-ireland

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.041286 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list