CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 395|Reply: 0

Liek Hou tak letak harapan tinggi di Brazil

[Copy link]
Post time 17-4-2022 10:18 AM | Show all posts |Read mode

Juara Paralimpik yang juga jaguh badminton negara, Cheah Liek Hou akan bersaing pada Kejohanan Para Antarabangsa Brazil 2022 bermula Selasa ini.

KUALA LUMPUR: Bakal beraksi dalam arena kompetitif buat kali pertama sejak muncul juara Paralimpik September lalu, Cheah Liek Hou tidak meletakkan harapan tinggi pada Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Brazil 2022 bermula 19 hingga 24 April ini.

Pemain berusia 34 tahun yang bakal berlepas ke Sao Paulo malam ini berkata selain lama tidak beraksi, beliau turut risau tahap prestasinya terjejas susulan dijangkiti COVID-19, Februari lalu.

"Selepas lebih tujuh bulan tidak beraksi dalam pertandingan, saya mahu lihat dahulu tahap prestasi saya. Keyakinan saya tidak terjejas kerana saya lebih berpengalaman berbanding atlet lain, yang saya risau adalah kecederaan dan tidak mahu kena (dijangkiti) COVID-19 di sana.

"Saya pasca-COVID, mungkin jika paru-paru terjejas, prestasi juga akan terjejas, saya belum tahu lagi. Saya akan lihat dulu prestasi saya bagaimana di kejohanan ini, kemudian saya akan bincang dengan jurulatih (Datuk Rashid Sidek) mengenai kejohanan yang lebih penting selepas itu," katanya kepada Bernama.
Disyorkan Untuk Anda

    Azizulhasni, Pandelela antara disenarai pendek ASN 2019/2020
    Semangat Dik Wan tetap membara tanpa Jaganathan
    BAM minta kerajaan timbang semula pemotongan peruntukan sukan
    Bonnie ketuai cabaran Malaysia powerlifting dunia di Georgia

Liek Hou muncul pemenang pingat emas pertama badminton di Paralimpik apabila menewaskan Dheva Anrimusthi dari Indonesia 21-17, 21-15, pada final acara perseorangan lelaki SU5 di Tokyo 2020, September tahun lalu.

Liek Hou, yang juga juara dunia perseorangan para enam kali, difahamkan akan mengeluarkan wang sendirinya lebih kurang RM15,000, untuk menyertai kejohanan di Brazil tersebut dengan tambang penerbangan sahaja mencecah RM7,000.

Sementara itu, Liek Hou berkata fokus utamanya bagi tahun ini adalah Sukan Para Asia di Hangzhou, China bermula 9 hingga 15 Oktober dan Kejohanan Dunia Para di Tokyo, Jepun bermula 1 hingga 6 November.

"Dua kejohanan ini menjadi keutamaan saya tahun ini, berikutan penganjuran Sukan Para ASEAN di Solo, Indonesia masih tidak jelas, manakala badminton tidak dipertandingkan di Sukan Komanwel Birmingham," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... an-tinggi-di-brazil

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.048078 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list