View: 429|Reply: 0
|
Tanah Rata pangkalan latihan skuad berbasikal bukit
[Copy link]
|
|
Jurulatih, Mohd Arif Syukri Ahmad Sabti (tengah) bersama pengurus pasukan, Firdaus Arshad dan atlet, Muaz Abd Rahim mengadakan sidang media pasukan basikal bukit (MTB) sempena Sukan SEA 2021 Vietnam di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. NSTP/AIZUDDIN SAADS
KUALA LUMPUR: Latihan di Tanah Rata, Cameron Highlands menjadi lokasi simulasi buat pasukan berbasikal bukit kebangsaan menjelang Sukan SEA Vietnam bagi menyesuaikan diri dengan lokasi sebenar perlumbaan di Hoa Binh.
Sepuluh pelumba yang kebanyakannya bakal membuat kemunculan pertama pada temasya dwitahunan itu bulan depan sedang dalam persiapan fasa akhir di Tanah Rata dari 7 hingga 28 April ini.
Jurulatihnya, Mohd Arif Syukri Ahmad Sabti berkata, Tanah Rata adalah lokasi terbaik untuk pelumba menjalani latihan apatah lagi keadaan geografi di sana mempunyai banyak laluan mendaki - kekurangan yang perlu diatasi anak buahnya menjelang hari perlumbaan dari 14 hingga 17 Mei ini.
"Kalau dilihat laluan perlumbaan, ia satu trek yang agak panjang - 5 kilometer (km) untuk satu pusingan. Trek itu (Hoa Binh) juga banyak mendaki, jadi kita pilih berlatih di Tanah Rata kerana kebanyakan pelumba ada kekurangan di kawasan mendaki," kata Arif yang turut menjangkakan cabaran dari tuan rumah serta beberapa negara lain seperti Thailand dan Indonesia.
Pasukan berbasikal bukit yang meletakkan sasaran pingat gangsa dalam acara berpasukan berganti-ganti dijadual berlepas awal ke Hanoi pada 1 Mei ini untuk 'merasai' dan membiasakan diri dengan keadaan trek di sana.
"Kami akan ke Vietnam lebih awal pada 1 Mei ini dan menyambung latihan di sana sebelum hari perlumbaan. Sasaran pingat, kita letakkan dalam berpasukan berganti-ganti. Kita nampak peluang itu ada untuk meraih pingat dalam acara berkenaan dan kita akan cuba sedaya upaya," kata Arif.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ad-berbasikal-bukit |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|