CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1678|Reply: 1

Makan sambil nikmati panorama dari tingkat 40

[Copy link]
Post time 23-4-2022 12:35 PM | Show all posts |Read mode


Makan sambil nikmati panorama dari tingkat 40

PERALIHAN fasa endemik menyaksikan banyak kelonggaran operasi prosedur standard (SOP) melibatkan banyak sektor, terutamanya sektor perhotelan.

Malah, tahun ini juga menjadi sangat bermakna bagi sektor itu apabila bufet Ramadan kembali meriah selepas pelaksanaannya terhenti selama dua tahun.

Hotel Capri by Fraser yang terletak di Bukit Bintang mengambil peluang mempertaruhkan juadah istimewa yang boleh dicuba orang ramai yang mungkin merindui suasana bufet Ramadan di hotel.

Menerusi bufet Juadah Raya Buffet Dinner yang dihidangkan di restoran The Den yang terletak di aras 40 premis itu, orang ramai boleh menikmati lebih pelbagai juadah istimewa Ramadan seperti itik panggang dengan pilihan sos lada hitam dan kuah percik, sup ekor lembu dengan roti benggali, spageti udang kara dengan sos tomato, makanan laut berupa tiram dan kerang segar serta seleksi pencuci mulut seperti aneka kek, puding dan juga aiskrim.

Sambil menikmati juadah enak, pengunjung juga boleh menyaksikan pemandangan ibu kota Kuala Lumpur yang memukau dari aras 40 itu.

Menurut cef menu masakan Melayu di Capri, Mohd. Faris Mat Basir, 38, terdapat sekitar 80 jenis juadah yang boleh dicuba pengunjung pada hidangan bufet Ramadan tahun ini.

“Selepas dua tahun sepi tanpa bufet Ramadan, kami membawakan kepada pengunjung pilihan menu terbaik dan wajib dicuba oleh penggemar hidangan itu.


Dua cef yang bertanggungjawab menyediakan menu di The Den, Capri by Fraser Bukit Bintang iaitu Lim (kiri) dan Mohd. Faris

“Secara peribadinya, saya amat menggemari hidangan sup ekor lembu yang dihidangkan bersama roti benggali.

“Buat yang belum pernah mencuba roti benggali, ia mempunyai tekstur yang rangup di luar dan lembut di dalam dan cukup memikat selera apabila dihidangkan bersama sup ekor lembu yang penuh rasa,” katanya.

Seorang lagi cef The Den iaitu cef Jimmyce Lim, 34, pula berkata hidangan itik panggang yang dihidangkan merupakan antara menu wajib dicuba pengunjung, khususnya bagi individu Muslim yang sukar mencari menu itik panggang yang halal.

“Menu itik panggang yang disajikan di sini dimasak sama seperti itik panggang di restoran Cina.

“Bezanya hanyalah ia dimasak dengan menggunakan semua bahan-bahan yang halal, sesuai untuk dinikmati pengunjung beragama Islam,” kata anak kelahiran Muar, Johor itu.



Itik panggang bersama sos lada hitam dan sos percik merupakan antara juadah utama di bufet Ramadan The Den tahun ini

Tambah Lim, padanan terbaik bagi menu tersebut adalah sos lada hitam.

“Namun, bagi menambah kelainan, kami turut menyajikan sos percik bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pengunjung.

“Bagi sajian pencuci mulut pula, restoran The Den mencipta kelainan apabila menampilkan pilihan perisa menarik seperti cempedak, teh tarik dan juga cendol,” katanya.

Juadah Raya Buffet Dinner dihidangkan setiap hari bermula 6.30 petang sehingga 10.30 malam sehingga 29 April depan pada harga RM128 seorang bagi dewasa dan RM64 bagi kanak-kanak.

Sepanjang tempoh itu juga, The Den menawarkan promosi yang mana jika anda datang berlima, individu keenam boleh makan secara percuma.

Tempahan boleh dibuat melalui emel [email protected] atau menghubungi 03-23816868.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... ma-dari-tingkat-40/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2022 10:37 PM | Show all posts
kalau bkn ramadhan ka raya, masih ada menu sama ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.065965 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list