CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 534|Reply: 0

Syaqiera puas hati penampilan sulung di Hanoi

[Copy link]
Post time 19-5-2022 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 19-5-2022 11:18 AM





HANOI: Pemanah recurve wanita negara, Syaqiera Mashayikh berpuashati dengan pencapaian di Sukan SEA Hanoi apatah lagi ia adalah penampilan pertama buat dirinya di temasya dwi tahunan berkenaan.
Hari ini, atlet berusia 22 tahun dari Segamat, Johor itu meraih perak dalam acara berpasukan recurve campuran bersama pemanah senior, Khairul Anuar Mohamad namun sebelum itu tewas pada penentuan gangsa berpasukan recurve wanita di tangan Myanmar, 4-5 di sebelah pagi.
Dalam acara berpasukan recurve campuran, Khairul Anuar-Syaqiera tewas di tangan gandingan pemanah Indonesia yang meraih emas pada edisi kali ini, Reeza Octavia-Riau Salsabilla Ega Agata 2-6.

Begitupun pelajar jurusan komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM) itu turut mampu tersenyum lebar pada penampilan pertamanya di temasya dwitahunan berkenaan selepas meraih gangsa dalam acara recurve individu wanita, menewaskan atlet Thailand, Punika Jongkraijak 6-5.



"Sasaran peribadi, saya tak menyasarkan apa-apa pingat. Lagipun, saya bukan prospek jadi saya tak letakkan sasaran untuk meraih pingat. Namun secara peribadinya, saya hanya nak melayakkan diri ke suku akhir dan bagi saya itu sudah terbaik buat saya. "Apapun, syukur kerana dapat gangsa dan perak, bagi saya itu adalah pencapaian yang baik di Hanoi," katanya yang mengakui sedikit gementar ketika aksi penentuan emas acara campuran.
Syaqiera berkata, dia bersama pasukan akan meneruskan persiapan dengan lebih giat lagi bagi menghadapi edisi seterusnya yang dijadual berlangsung di Kemboja tahun depan.

"Bagi saya, pasukan Malaysia mempunyai potensi yang boleh dibanggakan dan mampu memberikan saingan kepada negara luar. Cuma mungkin kami sedikit kekurangan daripada sudut pengalaman.


"Kami akan cuba (memburu emas) kerana buat masa ini, kami sudah mengenali pesaing dan dari situ, kami boleh membuat persiapan 200 peratus," kata Syaqiera.

Aksi Syaqiera Mashayikh ketika menentang atlet Thailand dalam acara recurve individu wanita pada Sukan SEA Hanoi 2021 di Pusat Latihan Sukan Nasional Hanoi. NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM
https://www.bharian.com.my/sukan ... lan-sulung-di-hanoi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.088620 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list