CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 598|Reply: 0

Mental lemah punca 'false start'

[Copy link]
Post time 19-5-2022 04:29 PM | Show all posts |Read mode

WATSON Nyambek. -FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Mentaliti lemah menjadi antara punca atlet pelari pecut muda negara, Muhammad Azeem Fahmi melakukan 'false start' pada saringan 100 meter(m) sekali gus terlepas peluang merangkul pingat pada temasya Sukan Sea di Hanoi, Vietnam.

Situasi terbabit dikongsi bekas pelari pecut negara Watson Nyambek melihat mentaliti lemah menjurus kepada tekanan sehingga atlet berkenaan melakukan tindakan yang penyertaannya dibatalkan.

Beliau yang pernah melakukan kesalahan sama pada penyertaan di Sukan Sea Kuala Lumpur 2001 berkata, melihat kepada keupayaan yang dimiliki Azeem sudah tentu dia mampu merangkul pingat untuk negara bagi acara 100 m itu.

"Mempunyai kekuatan fizikal saja tidak mencukupi kerana setiap atlet perlukan persediaan membabitkan mental untuk mengawal diri supaya tidak berada dalam keadaan tekanan.

"Sangat merugikan apabila kita 'tewas' awal hanya kerana kesilapan teknikal namun bukanlah disebabkan ketinggalan ketika bertarung.

"Apa yang boleh dikatakan mungkin disebabkan kurang pendedahan di peringkat antarabangsa menyebabkan Azeem tampil kali ini agak gemuruh sekali gus melakukan kesilapan 'false start'," katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Semalam, skuad olahraga Malaysia gagal mempertahankan gelaran Raja Pecut Asia Tenggara pada Sukan Sea ke-31 di sini, selepas penyertaan Azeem dibatalkan pada saringan kedua acara 100m di Stadium Nasional My Dinh, Vietnam.

Atlet berusia 18 tahun itu tidak dibenarkan untuk meneruskan cabaran apabila didapati waktu reaksinya 0.058 saat lebih awal sebelum pistol pelepasan dibunyikan dan kakinya tidak menjejak blok permulaan ketika tembakan pistol.

Selepas dua kali berturut-turut meraih emas acara berkenaan menerusi Khairul Hafiz Jantan pada 2017 (Kuala Lumpur) dan Haiqal Hanafi pada 2019 (Manila), takhta raja pecut Asia Tenggara diserahkan kepada pelari Thailand yang baru berusia 16 tahun, Puripol Boonsoon selepas dinobatkan sebagai juara.

Perak menjadi milik seorang lagi pelari Thailand, Soraoat Dapbang dan gangsa diraih, Marc Brian Louis dari Singapura manakala Arsyad terpaksa berlari dalam kesakitan selepas mengalami kekejangan sejak semalam selepas membantu kuartet 4x100m negara meraih perak serta memecahkan rekod kebangsaan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... h-punca-false-start

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.331169 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list