|
iols tak tahu dunia bunian tu macam mana
tapi ada dua kisah berkait bunian kat kg iols.
1) ada lelaki asal area sini anak imam kg. dia kerja tebang balak. orangnya baik & lurus. masa dia kerja dalam hutan, ada bunian berkenan dekat dia. mereka pun kahwin. dia duduk alam bunian. since ayah lelaki ni juga orang berilmu bukan calang2. dia dapat tahu pasal anak dia kawen bunian, dia ikhtiarkan untuk anak dia keluar dari alam tu. berjaya, tp lelaki tu tak ingat pasal dia masuk alam tu & dia pun jadi macam seringgit tak cukup seposen. macam mereng sikit la.
2) kisah kedua, ni kisah agak baru yang berlaku hingga hari ini. ada pasangan suami isteri dalam kg iols ni. masa isteri dia mengandung, isteri dia mimpi ada orang datang berkenan kat anak dia dan nak anak dia. esok perut dia terus kempis macam tak pernah mengandung. (husband & wife ni end up bercerai isu psl anak).
dalam 4-5 tahun lepas kejadian tu, si suami ni pergi menoreh getah dalam kebun, tiba2 ada kanak2 perempuan main basikal roda tiga duk mengekor dia dalam kebun lepas tu hilang. balik tu lelaki tu gi cari adik dia bagitau kejadian tu, adik dia bagitahu, itu la anak ko yang kena ambik bunian tu. (adiknya jenis tinggi ilmu, pakar selam cari mayat hilang dalam sungai dekat tempat iols).
lepas dari tu a few years back kakak si suami ni nak nikahkan anak. duit kenduri tak cukup sikit lagi. masa dia tengah termenung kat beranda tiba2 ada sorang remaja perempuan datang bawak buntil bagi duit pada makcik ni. jumlahnya ialah jumlah duit yang tak cukup untuk kenduri. since masa ni d. org dah fully aware pasal anak yang hilang tu duduk di alam lain, makcik tu tau yang yang datang tu anak saudara dia.
last story berlaku last year, si suami pergi hiking dengan kawan2 (si suami ni umur dalam mid 40 or late 40). kat bukit mana entah area sini. dah turun bawah baru sedar tongkat hiking dia tertinggal. masa sampai di kereta ada ppuan dalam awal 20an hulur kat dia tongkat bagitau tu tongkat dia tertingggal. masa ni si suami ni masih berfikiran bendul ingatkan itu budak2 yang sama hiking. lepas tu si suami ni ada naik bukit lagi & ttinggal tongkat lagi. tapi bila sampai kat kereta tongkat dah ada dalam kereta. ni baru dia ingat pasal anak dia yang duduk alam bunian tu
yang kisah no. 2 ni ayah iols memang suka ajak si suami ni ngeteh kot2 ada kisah bunian yang baru
so untuk tak overshadow. ayah iols mengkelaskan bunian sebagai kaum jin. |
|
|
|
|
|
|
|
mereka itu wujud
kalo kita x kaco tempat dia
dia pon x akan kaco kita |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak tanya...btoi dak pemahaman aku ni....
dalam dunia ni...
makhluk Allah ada 3 saja -
1. Manusia (termasuk benda hidup mcm pokok + haiwan)
2. Malaikat
3. Jin/Iblis/Syaitan --- bunian dok lam golongan ni, kan...?
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku byk terbaca mengenai bunian dan hantu pari. Bunian tak kacau manusia manakala hantu pari yg terdiri dr kaum perempuan sja yg suka kacau manusia terutamanya lelaki. Dorg suka sorokkan manusia dan xpulangkan balik.. ada sesiapa boleh kongsi2 kisah tak ttg hantu pari ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|