View: 2132|Reply: 11
|
Makan tiram mentah, risiko keracunan makanan
[Copy link]
|
|
Tiram mentah.
Makan tiram mentah, risiko keracunan makanan
PETALING JAYA – Tular baru-baru ini di dalam media sosial hidangan tiram (oyster) mentah sehingga menjadi ‘buruan’ orang ramai untuk mencuba menu tersebut.
Namun, tiram mentah sebenarnya boleh mengundang risiko keracunan makanan memandangkan ia berasal dari laut dan terdapat bakteria vibrio parahaemolyticus di situ.
Menurut hantaran di laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Labuan, bakteria ini termasuk dalam bakteria patogenik penyebab keracunan makanan.
“Bilangan bakteria ini akan bertambah banyak ketika suhu air meningkat (yang pasti di Malaysia suhu adalah panas).
“Malah, bakteria ini boleh membiak pada kerang-kerangan moluska termasuklah tiram.
“Apabila ia dimakan mentah atau separuh masak, keracunan makanan boleh berlaku,” katanya pada hantaran itu.
Selain bakteria, penyimpanan tiram juga penting kerana perlu disimpan dalam suhu sejuk selepas penangkapannya.
Katanya, suhu penyimpanan yang sejuk amat penting bagi mengekalkan kesegaran agar ia tidak cepat rosak.
“Anda perlu ambil berat risiko makan tiram mentah, boleh mengalami keracunan makanan di antara 12 hingga 24 jam selepas makan dan berakhir tiga hingga tujuh hari.
“Simptom keracunan makanan adalah seperti cirit-birit, sakit perut, muntah dan demam,” jelasnya.
Justeru dinasihatkan untuk masak tiram dengan sempurna bagi mengelak keracunan makanan. -KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/08 ... -keracunan-makanan/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
half cooked pun ada yg blh kena cherry berry apa lg yg mentah, kaka plk klu mkn half cooked bkn kena cherry berry tp naik eczema satu bdn maka jauhkan ajelah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau beli kat NSK jenis hidup berendam dalam air tu agak-agak okay tak? |
|
|
|
|
|
|
|
sedap pe makan fresh pastu cicah sos tobasco with perah lemon. |
|
|
|
|
|
|
|
Benda viral.. lg ditegur lg ramai makan.. |
|
|
|
|
|
|
|
lau pi TikTok pi cari juliapurnama54
|
|
|
|
|
|
|
|
haritu tengok ada youtuber ajak subscriber dia cari tiram.. makan on the spot.. siap bawak lemon
aku suka bakar aje.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
I pernah makan dulu dekat buffet hotel. Nak try. Letak perahan lemon and tabasco sos tu. I amik 3 ketul. Kawan i kata, terus telan, tak payah kunyah.
Sudahnya, lagi 2 tu kawan i yang makan. Cukuplah ada pengalaman makan tiram. Kalau orang tanya pernah makan ke tak, boleh jawab pernah. Kalau ada yang tanya sedap ke tak, i boleh jawab IKUT TEKAK SENDIRI. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Belum berani nk cuba yg mentah2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
rasa macam makan kerang ke? xpenah berani nak cuba dan xberminat..tp orka2 selalu mkn fresh oyster kan perah lemon |
|
|
|
|
|
|
| |
|