CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1989|Reply: 0

Cara Nak Keringkan Daun-Daun Masakan Supaya Mudah Bawa Ke Luar Negara, Baru ‘Lepas’ Kastam!

[Copy link]
Post time 9-9-2022 07:28 PM | Show all posts |Read mode
Cara Nak Keringkan Daun-Daun Masakan Supaya Mudah Bawa Ke Luar Negara, Baru ‘Lepas’ Kastam!




Hidangan masakan rakyat Malaysia, begitu penting meletakkan daun-daun aroma masakan di dalamnya. Kalau tiada memang tidak sah! Antaranya, daun kunyit, daun limau purut, daun kesum, daun kari, lengkuas dan kunyit hidup. Lagi-lagi apabila anda berada di luar negara bukan mudah untuk mendapatkan daun-daun ini.

Justeru itu, untuk membawanya ‘terbang’ bersama anda dan bagi mengurangkan rasa berdebar sewaktu berhadapan pihak kastam, apa kata cuba tips di bawah yang dikongsikan oleh Puan Normah Bahari. Semoga berjaya!

BERTAMBAH SEDAPLAH AROMA MASAKAN ANAK PERANTAU LEPAS INI!


Gambar: Daun limat purut yang telah dikeringkan.

Pada yang rajin masak dan perlu sangat daun kunyit, daun limau purut, daun kesum, daun kari, lengkuas dan kunyit hidup untuk di bawa keluar negara… di sini saya nak share cara saya keringkannya dengan menggunakan AIR FRYER.

Dengan bawa yang kering kita tak akan rasa berdebar bila nak berdepan dengan kastam.

CARA MENGERINGKANNYA GUNA AIRFRYER:

Gambar: Daun kesum sebelum (kiri) dan selepas (kanak) dikeringkan.

1. Suhu kurang dari 100.

2. Masa keringkan 30> 40 minit, kalau rasa belum kering betul, tambah masa lagi.

3. Untuk lengkuas, kunyit hidup, serai dan halia kena potong-potong dan perlu masa lebih lama.

Di UK ni sepanjang saya berada di sini saya nampak halia yang banyak, yang lain belum nampak lagi. Kalau banyak pun, kalau simpan dalam peti ais lama-lama akan rosak juga, sebaiknya keringkan saja.

BUKAN MUDAH RUPANYA NAK MELEPASI PIHAK KASTAM
Meninjau di ruangan komen, terdapat pelbagai cerita pengalaman yang dikongsikan para pengikut di ruangan tersebut. Menurut mereka ianya bergantung kepada tuah sebenarnya, di mana ada di antara mereka yang lepas dan juga ada yang sangkut.



Dan tak lupa juga, terdapat pengikut yang mengucapkan terima kasih di atas perkongsian tips yang berguna ini.

Semoga dengan perkongsian tips ini dapat memudahkan urusan anda. Selamat maju jaya!

Sumber: Facebook Normah Bahari via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.045985 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list