View: 1968|Reply: 9
|
Mula-mula Bengang Pakcik Ini Cakap Kuat, Rupanya Dia Ke Hospital Nak Baiki Alat Pendengaran
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berkongsikan satu situasi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di mana seorang lelaki warga emas bercakap dengan nada kuat sehingga menyebabkan pesakit lain tidak selesa.
Namun, selepas ditegur individu berkenaan, rupa-rupanya lelaki Cina berusia 85 tahun itu sebenarnya mengalami masalah pendengaran sehingga sukar mendengar percakapan dan pengumuman dibuat kakitangan hospital.
Difahamkan, kehadiran warga emas itu ke hospital adalah untuk membaiki alat pendengarannya, namun ramai yang tidak mempedulikan dirinya tanpa menghulurkan sebarang bantuan.
Individu terbabit mengakui dia pada awalnya kurang senang dengan warga emas terbabit, namun dia kemudian simpati atas nasib pak cik itu selepas mengetahui keadaannya.
Malah, dia yang hadir tanpa penjaga terpaksa berkomunikasi menggunakan kertas.
Twitter
Sehubungan itu, ramai mengharapkan kejadian sedemikian dapat dijadikan sebagai pengajaran untuk orang ramai lebih peka dengan kebajikan orang tua mereka sekiranya masih hidup.
Sumber: OHBulan |
|
|
|
|
|
|
|
Orang tua memang gitu makin tak dengar. Bapak aku pun. Sedap tidur kat sofa dikala kitorang riuh gila sembang. Lepastu padang bapak gelak2 jelah. Boleh lena.
Paling kesian mak akulah dah itu je peneman dia ada kat rumah tu. Kalau sembang mesti tiber2 bapak aku kona kot lain. Haha. Kadang tak dengar. Kena cakap kuat2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak aku pon pon kena pakai hearing aid ni.. Kadang2 dia pasang TV kuat sebab dia tak dengar. Kadang2 bila nak ckp dgn dia nak kena jerit rasa berdosa pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
mak kawan i pun ada masalahchearing ni. bapaknya dah belikan hearing aids tapi dia tak nak pakai. end up asyik bermusuh dengan org sebab dia salah faham org lain cakap apa and salah tafsir intonasi org yang cakap kuat dengan dia. dah jadi gaduh pulak anak menantu sebab salah faham |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah mak bapak masih sihat lg tp tula org tua kan pantang ditegurr |
|
|
|
|
|
|
|
sbb tu tlg jgn judge org bila org ckp terjerit2 mcm nak gaduh.. org yg tak tau mmg senang salah faham |
|
|
|
|
|
|
|
Mil aku pun gitu gak, dah separa pekak..bila bukak youtube, ya rabbi, rasa nk tegur je..tp kang kata aku jahil pulak |
|
|
|
|
|
|
|
kesian atuk ni
kalau pakai nombor giliran, boleh le tengok nombor giliran yang tergantung tu
kot kena private clinic ke, atau yang outdated, pakai nurse panggil nama tu, ah sudah tak dengor nama kena panggil |
|
|
|
|
|
|
|
Kekadang ade org tua perangai die xnk anak teman, pg sendiri je klinik. Memang ade gitu |
|
|
|
|
|
|
|
bende ni la yg aku takut bile dh tua nnti. hal2 mcm ni kena buat sorang, tkde sapa nk tlg .. huhu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|