View: 2083|Reply: 7
|
Penyanyi Buat Laporan Polis Dakwa Dicekik & Dihempas Ke Lantai
[Copy link]
|
|
Nampak ‘Loving’ Rupanya Suami Kaki Pukul? Penyanyi Buat Laporan Polis Dakwa Dicekik & Dihempas Ke Lantai
![](https://media.ohbulan.com/2022/09/rizky-lesti-e1623807193314.jpg)
Tak dinafikan, pasangan romantis Indonesia iaitu Lesti Kejora dan Rizky Billar mendapat perhatian ramai kerana kerap mempamerkan kemesraan mereka di media sosial.
Namun baru-baru ini, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja ada berita mengatakan rumah tangga pasangan ini dilanda badai dan kini mula menjadi bualan hangat masyarakat Indonesia.
Dicekik, dihempas ke lantai
![](https://media.ohbulan.com/2022/09/Screenshot-2022-09-30-at-10.03.38-AM.png)
Memetik laporan News Detik, konflik perkahwinan Lesti Kejora dan Rizky Billar dipercayai terbongkar selepas wanita itu tampil membuat laporan polis dengan mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Difahamkan, insiden tersebut berlaku selepas penyanyi dangdut itu mendakwa suaminya berlaku curang.
Pelakon yang berusia 27 tahun dikatakan mula bertindak agresif dengan memukul isterinya selepas wanita itu meminta untuk dihantar pulang ke rumah orang tuanya. Rizky yang berang dipercayai telah menolak Lesti di atas katil sebelum mencekiknya sehingga wanita itu terjatuh di lantai. Kejadian tersebt dipercayai dilakukan berulang kali.
Tidak terhenti di situ, dia kemudian didakwa menarik tangan mangsa dan menghempaskannya ke lantai tandas. Susulan daripada perbuatan itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian tangan dan leher. Turut tular satu foto yang memperlihatkan mata Lesti lebam namun tidak dapat dipastikan apakah punca kecederaan itu.
Boleh dipenjara selama 15 tahun
![](https://media.ohbulan.com/2022/09/Screenshot-2022-09-30-at-10.06.56-AM.png)
Menurut sumber, kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan disiasat mengikut Pasal 44 Undang-undang No.23 Tahun 2004 tentang Penghapusan Keganasan
Rumah Tangga (UU PKDRT). Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dipenjara sehingga 15 tahun sekiranya mangsa mengalami luka berat ataupun meninggal dunia. Namun sehingga kini, Lesti dan Rizky masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kes tersebut.
Terdahulu, Lesti Kejora dan Rizky Billar mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.
Sumber: News Detik
https://ohbulan.com/nampak-lovin ... -dihempas-ke-lantai
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yg laki ni pun menempel je. Klu tak pakai wang bini dia takdela hidup dia ini lux sangat mcm skrg |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya lesty, masa prog lida dulu iols mcm hurm kurang sesuai billar ni dgn lesty, mati2 iols ingat mcm Nazim O
Dari org yg miskin sheols boleh menjadi salah seorg yg bejaya.. keta pun RR! Mampus lah billar buat hal.. lelaki memang diuji bila duit banyak walaupun duit bini.
Baru setahun jagung dh nikah terus buat hal. Bagus juga la lesty tak tahan bertahun2 bijak! |
|
|
|
|
|
|
|
skg baca ckp bi sex pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
masa awal² kawin dah banyak ramalan yang Rizky ni bakalan curang. Dan Lesty dari awal sudah cakap kalau Rizky selingkuh ..Lesty tak akan terima dan maaafkan.
Sudah tau curang lepas tu hentam pulak Lesty bila kantoi... Tengok muka pun tau jenis yang tak setia....
Femes ya femes.. tapi tanpa Lesty siapa Rizky Billar.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg aku mcm x suka pasangan ni masa mula2 rapat...tp tgk Lesti mcm syg sgt kat Billar ni....moga Lesti move on..tglkn jantan x guna ni |
|
|
|
|
|
|
|
Acik friska, tlg bg latest update. Kes camni tak nak cover pulak. Dasar indonnn |
|
|
|
|
|
|
|
Dorang pnya fesyen ni..cam ikut style malaysia fashion vry simple..bengong mcm takde indentiti |
|
|
|
|
|
|
| |
|