View: 4516|Reply: 2
|
'Pembunuh senyap' dalam rumah
[Copy link]
|
|
'Pembunuh senyap' dalam rumah
Sirim-ST bantu pembeli elak risiko guna barang elektrik ‘cap ayam’
Shah Alam: Lambakan peralatan elektrik 'cap ayam' tidak diluluskan Suruhanjaya Tenaga dan diperakui Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) bukan sahaja tidak sah dan gagal mematuhi kehendak piawaian keselamatan malah mungkin menjadi pembunuh senyap kepada pengguna.
Pengurus Besar Kanan, Jabatan Pensijilan Produk dan Pemeriksaan Sirim QAS International, Fauziah Fadzil berkata, penggunaan peralatan elektrik yang tidak diperakui Sirim boleh mengakibatkan risiko kemalangan kepada pengguna seperti kebakaran, kejutan elektrik, letupan, pencemaran radiasi dan bahaya lain.
Menurutnya, semua risiko itu jelas boleh mengakibatkan kecederaan, kematian dan kerosakan harta benda.
"Isu lambakan produk perkakasan elektrik murahan dan tidak diperakui Sirim terutama dibawa masuk dari luar negara dikesan kian serius sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 dilaksanakan pada 2020," katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro di Kompleks Sirim, di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, ramai pengguna yang mungkin terpedaya dan terpengaruh dengan faktor harga barangan murah dijual tanpa menghiraukan isu keselamatan.
"Menyedari isu penjualan barangan tidak diperakui di platform e-dagang serta objektif memperkasakan pengguna dalam membuat pembelian dalam talian, Sirim QAS International melancarkan skim pensijilan baharu iaitu Sirim Trusted Mark Scheme (STMS).
"Skim ini terbuka kepada syarikat yang menjual dan membekalkan produk elektrik, komunikasi, multimedia dan hibrid di platform e-dagang.
"Syarikat yang mempunyai kualiti terbaik dan memenuhi keperluan yang ditetapkan Sirim dalam mendapatkan pensijilan STMS akan diberikan logo pengiktirafan dipanggil Sirim Trusted Mark.
"Sirim Trusted Mark ini yang turut dipamerkan pada laman jual beli dalam talian mampu membimbing pengguna untuk membuat keputusan berkenaan pembelian dilakukan berbanding hanya bergantung pada ulasan dalam talian.
"Bagi syarikat pula, ia berfungsi sebagai alat pemasaran berkesan untuk meningkatkan keyakinan pengguna dan seterusnya dapat meningkatkan jualan dan aliran trafik pengguna lebih tinggi," katanya.
Beliau berkata, Sirim QAS International menasihati pengguna untuk membeli peralatan elektrik yang dikawal selia di bawah ST yang diluluskan oleh ST dan diperakui Sirim melalui proses pensijilan dan dilabelkan dengan label keselamatan Sirim-ST.
"Pengguna juga diingatkan supaya menggunakan peralatan elektrik berdasarkan kepada fungsi sebenar dan spesifikasi asal peralatan dengan berpandukan kepada buku panduan peralatan yang disediakan oleh pengilang.
"Ini adalah salah satu cara untuk memanjangkan jangka hayat peralatan elektrik itu," katanya.
Produk perkakas eletrik murahan dan tiada kelulusan serta rosak di Ibu Pejabat Sirim.
Semua peralatan elektrik untuk kegunaan domestik yang dijual di Malaysia wajib mendapatkan sijil kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) dan diperakui Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim).
Pengilang, pengimport dan penjual perlu melekatkan label keselamatan Sirim-ST sebelum peralatan elektrik berada di pasaran.
Pengurus Besar Kanan, Jabatan Pensijilan Produk dan Pemeriksaan Sirim QAS International, Fauziah Fadzil berkata, ST diamanahkan bagi memastikan hanya peralatan elektrik yang diluluskan dan dilekatkan dengan label Sirim-ST boleh berada di pasaran.
"Pemantauan produk di pasaran akan dilakukan secara rawak oleh Sirim berdasarkan aduan diterima daripada orang awam.
"Suruhajaya Tenaga bekerjasama dengan Sirim untuk memastikan semua peralatan elektrik domestik diperakui dengan betul sebelum memasuki Malaysia.
"Di bawah Peraturan 97 (1), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, bagi peralatan elektrik yang dikawal selia, pengilang dan pengimport perlu mendapatkan Sijil Kelulusan daripada badan pengawal selia iaitu ST terlebih dahulu sebelum proses pengilangan, pengimportan, paparan dan penjualan dijalankan," katanya.
Fauziah Fadzil menunjukkan perkakas eletrik yang tiada kelulusan dan rosak ketika temubual berkenaan lambakan produk perkakasan eletrik murahan dan tiada kelulusan di Ibu Pejabat Sirim. FOTO GENES GULITAH
Bagi memastikan setiap barangan elektrik dan elektronik (E&E) yang dibawa masuk ke negara ini adalah selamat dan menepati standard, beliau berkata, Sirim perlu menjalankan pemeriksaan dan pengujian melalui skim pensijilan barangan.
"Jika pengilang atau pengimport didapati mempamer atau menjual peralatan elektrik yang tidak diluluskan oleh ST dan diperakui Sirim, tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Peraturan 122, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 yang menyatakan bahawa pihak berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Dalam situasi lain, katanya, jika pengilang atau pelesen didapati menyalahgunakan label keselamatan Sirim-ST atau jika peralatan elektrik itu didapati tidak menepati standard atau syarat pensijilan, lesen pensijilan bagi peralatan elektrik itu akan digantung.
"Kegagalan mengambil tindakan sewajarnya akan mengakibatkan lesen pengilang produk itu terbatal dan pengilang akan diarahkan menarik semula semua barangan elektrik yang berada di pasaran," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -senyap-dalam-rumah
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dah semua pakat beli barang letrik kat Shopee, Lazada yang mostly dari China sebab murmur. Mana ada certified Sirim semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku penah beli online universal travel adaptor. Bila pakai bau hangit. Terbakar pulak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|