View: 4669|Reply: 15
|
Perniagaan ala Islam scammer TNP/Faratech
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by ctredzuan at 12-12-2010 08:36
hari tu aku ada buka thread baru
tapi mod buboh kat stor bermasalah
agak2 korang bisnes apa dia?
teka dulu baru aku reply ... |
|
|
|
|
|
|
|
faratech ni bukan ke yg TMNet? ke Streamyx ke? |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama dah dgr pasal faratech nih......./ |
|
|
|
|
|
|
|
apa kebendanya tu?
mcm telco and post tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
laki aku pun pnah terjebak dgn faratech ni...siap berenti keje sbb kononnya dpt sponsor drp gov utk jalankan bisnes streamyx ni..kira mcm jd dealer gitula...dorg janji lepas bbrp step laki aku leh bukak kedai/francais streamyx la...pulunla laki aku dok promote pakej streamyx ni..merata2 la sewa booth bagai...dana drp gov tu mmg btol dpt cuma faratech control. laki aku sempat makan komisyen drp apa yg dia promote tu je..dptla dlm rm4k lebih...tp apa yg dijanjikan psl francais dsb tu takde pun dpt...last2 sume nye senyap mcm tu je...tp xtau la kan kot2 ada yg berjaya... |
|
|
|
|
|
|
|
korang perasan tak caption dalam METRO:
Tawaran khas Perniagaan Islam
Tawaran Membuka cawangan kedai/kiosk berasaskan Produk & Perkhidmatan Islam di setiap Negeri/Daerah/Bandar
Perbankan islam, Pelaburan islam, penghantaran wang islam, Insurans islam, Kad kredit islam, Zakat, Umrah dan banyak lagi.
utk hadiri taklimat kena sms ke 36553
taip TM, nama, ic, negeri
weiiiiiiii..............korang perasan tak similiarity nya di mana? |
|
|
|
|
|
|
|
kurang faham dengan konsep perniagaan faratech ni..scam terbaru ke? |
|
|
|
|
|
|
|
waktu tgh register company kat ROC mall depan PWTC, didekati agen nih
so kami pun hadir la ke talk yg biasa dibuat di menata tmnet
mmg kalau dengar terpengaruh la
ramai org hadir
cuma nasib baik kami tak pergi jauh
sebab kena bayar modal permulaan yg agak tinggi
pastu kita akan dpt produk2 tmnet nih la, ada jenis dan kuantitinya sekali termasuk kad prepaid celcom la
cumanya saya tgk dlm pakej tu yg plg banyak sekali prtion kena jual laman web kat blue hyypo
yg dalam pandangan saya mmg sukar la nak dibuat
(tp bila dengar depa bercerita mcm senang, byk permintaan hatta makcik tukang urutpun nak ads kat blue hyppo)
sebabkan produk jualan tu la saya terus cancel nak join..
sib baik sangat2.. kalau idak modal kita terperamla kat produk jual laman web |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama daa ni drp tahun 2004 lagik, laki aku pun pernah dengar talk..nasib tak jadik join, modal awal banyak ribu gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
wujud lagi ye elemen2 faratech ni. bukan ke dh kena tangkap aritu? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by bioessence at 19-10-2010 09:49
Kalau korang perasan similarity:
1) Tawaran khas Perniagaan Islam
= Tawaran khas program memasarkan produk2 telekomunikasi
Penipu.....mana ada Tawaran khas, tu kata2 nak scam org supaya terjebak dgn sck mereka
2) Tawaran Membuka cawangan kedai/kiosk berasaskan Produk & Perkhidmatan Islam di setiap Negeri/Daerah/Bandar
apa produk tu? sedangkan produk2 tu di offer oleh bank, ko jadi ejen mereka ko bole jual
bukan jadi ejen kompeni penipu tu, then ko jual produk bank, penat2 kerja komisen kasi TNP/Faratech
3) Perbankan islam, Pelaburan islam, penghantaran wang islam, Insurans islam, Kad kredit islam, Zakat, Umrah dan banyak lagi.
Ini kan produk bank. kalau cakap berdegar2....sedangkan bank pun tak seberani advertise mcm ni
produk2 islam tu. pelanggan bole deal direct terus ke bank Islam ker, al rajhi ke...dia org ada staff sendiri
apasal kompeni penipu ni nak rekrut org, org2 yg di rekrut ni kena beli certain amount of produk dari mereka org tengah dan yg best nya dah la org yg di rekrut tu beli barang, komisen pula kena bagi kat kompeni penipu ni....
tak caya pergilah sms ke 36553, taip TM, nama, ic, negeri
bukan ke kat tingkat 50, menara rebung TM, dan pekerja2 punya modus operandi yg sama?
Bos penipu kejap jer buat presentation tanpa sessi soal jawab
or bos penipu kekadang, tak nampak pun......tahu org kenal itu lah Azlan & Mithaq ....
Yang Best siap guna nama ini adalah anjuran Arab Malaysia Business Council
macam gak hari tu kata anjuran KL trade program
Tu semua nama rekaan.....buat perisa, korang nak bisnes kat KL perlu ke KL trade business program ?
kalau busines presentation over as well as mktg gimmick ...there must be somethg bad n fishy behind it
Another pyramid scheme = MLM ciptaan penyagak2 melayu ni
tapi tak mengaku MLm sedangkan sebijik cam direct selling
Distributor ialah salesman tak bergaji... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya baru nak niaga. Nampak iklan TMBP. Letak harapan. Ikuti taklimat. Fikir, fikir dan fikir lagi. Tak sanggup labur banyak tapi banyak juga. Ingat betullah TMBP ini program anjuran Telekom Malaysia yang mahu mengangkat dan memperbanyakkan orang Melayu jadi usahawan berjaya.
Dapat beg, fail produk, tanda nama dan borang. Oh ya, T-shirt oren, buka kemeja. Nak kemeja kena beli. Distributor pakai T-Shirt, agen pun pakai T-shirt. Apa bezanya. Ikuti latihan dan penerangan. Dengar punya dengar, maklumat lebih tertumpu untuk suruh kita beli produk TMBP sebagai contoh untuk mempromosi produk. Dengar punya dengar, kita disuruh cari agen kalau nak cover modal cepat (Apa bezanya dengan MLM). Dengar punya dengar, kita diminta menjual sendiri produk mereka. Dengar punya dengar, pegawainya hanya tahu produk TM/Faratech. Produk dan pesaing lain tidak mereka tahu dari segi kos dan kualiti. Tiada yang buat Research and Development (R&D). Mereka minta kita yakin bahawa pembeli akan beli produk tanpa banyak soal, tanpa buat perbandingan kos dan kualiti dengan produk dan pesaing lain. Lepas jual - lepas tangan. Itu slogan mereka. Perniagaan apa ini? Dengar punya dengar, kita diminta jual sendiri produk. (Apa bezanya dengan direct selling). Duduk dengar, dengar duduk.
Fikir punya fikir, kita ini nama saja distributor tapi sebenarnya pembeli produk mereka. Duit yang diberikan itu untuk buat apa selain daripada masuk poket mereka. Apakah sokongan yang mereka beri selain daripada latihan mengisi borang dan komisyen. Jadi khadam jual produk tanpa gaji. Duit dah bagi. Pandai-pandai kita, bodoh juga sehingga tertipu dengan taklimat di Menara TM, dengan bangunan gah di Mines Business Center dan dengan taktik janji manis. Malang sungguh. Segalanya kena keluar duit sendiri untuk dapatkan modal balik. Untungnya masih jauh dan mungkin tak tercapai.
Laman ini sekurang-kurangnya dapat jadi tempat luahan hati kepada mereka yang rasa tertipu. Tapi lebih baik jika kita bersatu, cari jalan agar Faratech melaksanakan janjinya kepada kita untuk menjadi usahawan berjaya.
Bila berjaya, kejayaan Faratech/TMBP. Bila gagal, kegagalan kita (distributor/agen) kerana tak pandai berniaga. Kalau pandai berniaga, tidaklah kita jadi ahli TMBP. Mana keyakinan yang diberikan. Kata 'tak payah ini dan itu' untuk menjadi usahawan berjaya. Kata bukan MLM tapi jelas Multi-Level Marketing. Nama gah 'Distributor' tapi hakikatnya jadi salesman cabuk tak bergaji. Kalau ada yang buat full-time atau berhenti kerja untuk menceburi program ini kerana janji manis TMBP, malang sungguh. Kes aniaya. Kau ada yang telah buat pinjaman, bergolok bergadai untuk program ini, malang sungguh. Kes jenayah. Modal belum tahu boleh dapat balik. Apa taknya, promosipun kena keluarkan duit sendiri . Kos pengangkutan pun duit sendiri. Business tupperware lebih selamat. Tak kan nak buka meja dengan borang sahaja dan jual air liur. Krisis minyak sudah cukup menakutkan orang untuk keluarkan duit dan beli produk dan perkhidmatan TM.
http://www.melayu-trade.com/v2/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=2121&postdays=0&postorder=asc&start=30
my take > Inilah MLm yg tak mengaku MLM dan MLM yg takde lesen.... |
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu korang yg pakai celcom ker maxis ker (skrg kan nombor bole retain?)
selalu tak dapat isentric sms dan korang di charge berpuloh2 ringgit sebulan w/pun korang tak pernah request apa2
cth nya dari 32632
korang ingat ini scammer mana ni?
mcm mana dia dpt nombor korang? |
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu iklan kat Metro khamis 7 Oktober 2010
kat bawah caption Malay-Arab Business Council
Hari ini iklan kat Metro khamis 21 Oktober 2010, dah tukar dah........
Islamic Business Opportunity
Tengoklah cara penyagak ni cari makan....main taram jer anjuran itu ini lah
pakai nama MARA, DPPM, reka nama KL trade program.....
la ni Arab Malay bis Council, Islamic bis opportunity .....
semua nya scamming utk balun duit pelabor
aku ingat dulu faratech ada call aku
siap ngaku TM retail, aku tanya opis kat mana, kata kat sri kembangan
mmg ler penipu besar....mana pulak TM retail office kat Sri Kembangan?
Nak cari makan cara menipu pun berpada2 la sikit.... |
|
|
|
|
|
|
|
xde sesapa bt report kt polis atau bt aduan kt biro pengaduan awam MCA ke UMNO... kasi masuk paper skit br diorg tau... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-10-2015 03:37 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
lostnfaun replied at 22-10-2010 10:58 AM
xde sesapa bt report kt polis atau bt aduan kt biro pengaduan awam MCA ke UMNO... kasi masuk paper s ...
Apa jadi dgn telco post skrg,............
Ada sesiapa tahu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|