View: 802|Reply: 0
|
Atlet negara kuasai Ironman Langkawi
[Copy link]
|
|
ZIQ individu Malaysia terpantas dalam saingan Ironman Langkawi. FOTO Ihsan Ironman Langkawi
Kuala Lumpur: Atlet duathlon negara Ziq Junaidy membuktikan dia cukup sukar di gugat di pentas Ironman Langkawi 70.3 apabila menamatkan saingan di tempat pertama sekali gus dinobatkan sebagai individu Malaysia terpantas dalam saingan terbabit.
Malah, kejayaan menamatkan saingan dalam tempoh 4 jam 52 minit 39 saat pada kejohanan yang berlangsung semalam cukup manis buat Ziq sebagai hadiah hari jadi buatnya sekali gus menjadi kenangan terindah sepanjang terbabit dalam sukan jarak jauh itu.
Ziq berkata, walaupun mengharungi pelbagai cabaran termasuk keadaan cuaca yang tidak menentu namun bukanlah masalah untuk terus mengekalkan momentum bagi menamatkan larian di tempat pertama.
"Saya melakukan yang terbaik pada saingan kali ini dan cukup gembira ia sudah memadai untuk menamatkan saingan sebagai rakyat Malaysia terpantas malah lebih manis lagi kejayaan ini juga adalah hadiah hari lahir.
"Selain itu, ia juga sebagai persediaan y untuk saya mendapat slot ke Sukan Sea Kemboja pada tahun depan," katanya.
Sementara itu, atlet sukan lasak negara Tahira Najmunisaa mengungguli kategori wanita Malaysia paling pantas dengan menamatkan saingan di tempat pertama menerusi catatan masa 5 jam 14 minit 55 saat.
Walaupun, berhadapan dengan emosi yang tidak menentu berikutan anak perempuannya baharu saja menjalani pembedahan jantung namun tidak mematahkan semangat Tahira untuk menjadi yang pertama tiba di garis penamat.
"Jika diikutkan sudah beberapa bulan tidak menjalani latihan secara sistematik cuma hanya berbasikal dan joging saja untuk mengekalkan stamina.
"Secara keseluruhan, saingan cukup sengit ditambah pula keadaan cuaca tidak menentu sekali gus agak mencabar bagi saingan kali ini," katanya yang juga pemenang pingat perak Sukan Sea Hanoi.
Secara keseluruhan, kejohanan Ironman Langkawi 70.3 mencatatkan penyertaan luar biasa apabila merekodkan pendaftaran 1,500 peserta dari seluruh dunia tampil untuk membuktikan siapa layak di gelar 'orang besi'.
Atlet sukan lasak dari Indonesia Andy Wibowo dinobatkan sebagai juara keseluruhan lelaki Ironman Langkawi 70.3 selepas melepasi garisan penamat 9 jam 37minit 58 saat, manakala April Rice dari Kanada memenangi kategori wanita dengan catatan masa 10 jam 19 minit 18 saat.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ai-ironman-langkawi |
|
|
|
|
|
|
| |
|