CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2153|Reply: 1

AS cuba kukuhkan CIA di Pakistan

[Copy link]
Post time 24-10-2010 10:29 AM | Show all posts |Read mode
WASHINGTON: Amerika Syarikat berusaha memperluas operasi Agensi Perisikan Pusat (CIA) bertujuan menghapuskan kubu militan di Pakistan berdekatan sempadan Afghanistan.

Laporan itu disiarkan akhbar The Wall Street Journal, kelmarin yang memetik pegawai kanan Washington.
Akhbar itu menyatakan, sejak beberapa minggu lalu, pentadbiran Presiden Barack Obama, meminta Pakistan membenarkan lebih ramai pegawai CIA termasuk anggota operasi khas tentera memasuki negara itu bagi memperhebat kempen terhadap militan.
Sehingga ini, permintaan itu belum dibenarkan oleh Islamabad yang keberatan membenarkan lebih ramai   anggota tentera Amerika berada di Pakistan.

Jumaat lalu, Amerika mengambil langkah baru bagi memperbaiki hubungannya dengan Pakistan dengan menawarkan pakej senjata bernilai AS$2 bilion (RM6.4 bilion) tetapi pada masa sama memberi amaran tidak akan bertolak ansur jika berlaku pencabulan hak asasi manusia.

Pelan bantuan lima tahun itu memenuhi permintaan utama tentera Pakistan yang membantu askar Amerika dalam kempen di Afghanistan dan memandang serong bantuan awam Washington kepada negara itu.

Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton berkata pentadbiran Amerika akan bertanya Kongres supaya meluluskan pakej bantuan ketenteraan berkenaan mulai 2012 hingga 2016.
Ia sebagai menggantikan pakej awal yang  berakhir selepas lima tahun. Bilangan kakitangan CIA di Pakistan meningkat sejak beberapa tahun lalu tetapi angkanya dirahsiakan. –   AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2010 03:31 PM | Show all posts
org M'sia ada jadi agen CIA..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.708498 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list