CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 473|Reply: 3

Peraturan Mengarut Paksa Penuntut Buat Ujian Kehamilan Sebelum Duduki Peperiksaan

[Copy link]
Post time 14-11-2022 05:21 PM | Show all posts |Read mode


Universiti Antarabangsa Kampala di Uganda mengeluarkan notis syarat bagi penuntut kejururawatan dan perbidanan supaya mengambil ujian kehamilan sebelum menduduki peperiksaan pada Selasa minggu lalu, sebelum menarik balik peraturan berkenaan.


"Ini adalah makluman kepada semua jururawat dan bidan wanita, anda sepatutnya pergi ke KIU-TH untuk ujian kehamilan dengan bayaran 5000 Syiling Uganda (UGX) yang dibayar kepada pejabat akaun hospital," notis yang dipetik dari CNN.




Twitter





Menurut notis berkenaan, kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan pelajar tidak dapat menduduki peperiksaan Lembaga Peperiksaan Jururawat dan Bidan Uganda (UNMEB).


Pakar epidemiologi Catherine Kyobutungi yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Penduduk dan Kesihatan Afrika (APHRC) berkongsi gambar notis itu di Twitter, Rabu lalu.


"Ini benar-benar tidak masuk akal, diskriminasi dan tidak boleh diterima.


"elajar kejururawatan dan perbidanan wanita diminta untuk mengambil ujian kehamilan, dengan kos ditanggung sendiri sebagai prasyarat untuk menduduki peperiksaan adalah mengarut," tulisnya.




Gambar hiasan




Ketua Pegawai Eksekutif Amref Health Africa, Dr Githinji Gitahibukan membalas ciapan itu.


"Apa? kenapa? Betul ke? Kerana kehamilan ada kaitan dengan peperiksaan? Janin memberikan kelebihan yang tidak wajar dalam peperiksaan? Saya sangat keliru," katanya.


Khamis lalu, universiti itu mengubah dasarnya.


"Untuk makluman kepada anda semua, memo dalaman mengenai kehamilan dan ujian kehamilan bertarikh 8 November 2022 dibatalkan (ditarik balik)," tulis Profesor Frank Kaharuza, timbalan naib canselor Kampus Barat universiti itu dalam satu kenyataan yang dikongsi oleh universiti itu di Twitter.


CNN menghubungi Universiti Antarabangsa Kampala untuk mendapatkan komen.




Sumber: Harian Metro










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2022 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg bengong la sapa yg buat syarat ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 05:52 PM | Show all posts
dekat negara jiran ada nak masuk badan uniform kena buat ujian dara.  mungkin takut calon terlebih telan kacip manjafriska
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 08:25 AM | Show all posts
ጋዐ ሃዐ፱ ሠልክፕ ጮቹ ፕዐ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.039704 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list