CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 739|Reply: 13

Pengundi Bukan Melayu Gelisah Dengan Ugutan PN – Guan Eng

[Copy link]
Post time 14-11-2022 09:08 PM | Show all posts |Read mode
Pengundi bukan Melayu tahu Perikatan Nasional (PN) tidak ikhlas dan tidak memerlukan undi mereka, namun golongan itu gelisah apabila pelbagai kenyataan bersifat ugutan dikeluarkan ahli serta pemimpin parti berkenaan.


Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, tindakan seorang selebriti yang juga penyokong Pas yang mengugut untuk membunuh penentang pemerintahan Islam (versi Pas) bukan sahaja kasar tetapi bertentangan dengan kedaulatan undang-undang dan nilai semua agama termasuk Islam.




FB Guan Eng




Tegas beliau, tiada sesiapa pun berhak dibunuh kerana mempunyai fahaman politik yang berbeza.


“Penyokong Pas yang juga pelakon Zul Huzaimy baru-baru ini menyatakan hasrat dalam satu acara politik di Terengganu pada 4 November untuk ‘sembelih kafir harbi’, atau orang kafir (bukan Islam) yang menentang pemerintahan Islam yang kononnya dibawa oleh Pas.


“Zul berkata beliau memendam keinginan untuk menyembelih kafir harbi dan hanya undang-undang negara yang menghalangnya daripada berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Guan Eng menambah, dalam sebuah negara demokrasi, setiap rakyat diberi perlindungan untuk mengamalkan kebebasan dan hak memilih kerajaan termasuk menentang Pas.


Sehubungan itu, beliau meminta polis supaya mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebar kebencian serta menghasut pembunuhan terhadap orang bukan Islam secara terang-terangan.


Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Bagan itu turut menggesa pemimpin PN dan Pas untuk menghentikan politik kotor mereka menggunakan kaum, agama dan merendah-rendahkan martabat wanita semata-mata untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang.


Tegasnya, ucapan kebencian dan perpecahan terhadap orang bukan Islam dan bukan Melayu akan menjejaskan keharmonian kaum, agama serta menjejaskan perpaduan nasional dan integrasi antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.




Sumber: MalaysiaGazette










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2022 03:33 AM From the mobile phone | Show all posts
tu la hang pa kafir dok benci islam sangat, bila orang islam betul2 mengamuk tahu pula takut. Taik la semua ni. Si zul pun satu jangan la ikut perasaan sangat, islam x suruh membunuh orang x berdosa walau kafir harbi ni jahat dengan islam. Kalau nabi muhammad nak, baginda boleh minta kat Allah suruh malaikat jibril musnahkan semua musuh2 isla. tapi baginda tak minta pun, malah doa semoga hidayah islam datamh pada musuh2 islam.Contohnya saidina umar bin khattab yang sebelum masuk islam sangat menentang keras dan benci islam. Dengan takdir Allah dan berkat doa Nabi Muhammad,  Allah kuatkan islam dengan masuknya islam saidina umar al khattab.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 08:28 AM | Show all posts
YB tiga pulu linggit ni sudah bersuara...diamlah
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 08:32 AM | Show all posts
self sabotaging sungguh zul rempit ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tau takut...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Itzy replied at 15-11-2022 03:33 AM
tu la hang pa kafir dok benci islam sangat, bila orang islam betul2 mengamuk tahu pula takut. Taik l ...

Busuk busuk J  yg dlm cell kajang skg ini pun penganut seagama kita kheunz? Tak terpakai istilah musuh seperti ini dlm konteks agama nek moyang ko pastinya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2022 09:54 AM | Show all posts
Satgi Islam bangkit habis la ko DAP
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 10:43 AM | Show all posts
dah 60 tahun merdeka nape la DAp masih takut lagi,
kalau x dah lama la....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2022 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Mat rempit pon penyokong pn jugak ke...mohon ustaz pas tarbiyab mulut rempitz heols
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 10:48 AM | Show all posts
elok la tu.. pasal politik je cina takut melayu.. melayu takut cina..
padahal realitinya elok je cina melayu berkawan
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 10:55 AM | Show all posts
kalau takut, sila sedar diri
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 11:17 AM | Show all posts
Kalau takut, boleh lari jauh2
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 11:26 AM | Show all posts
mula2 aku nak sarutkan jek....
mula lettew nak raih simpati
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 08:24 AM | Show all posts
ጋዐ ሃዐ፱ ሠልክፕ ጮቹ ፕዐ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.062356 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list