View: 1461|Reply: 16
|
Dah Ubah Wajah, Tukar Struktur Tulang- Kejap Nak Jadi Perempuan Kejap Nak Jadi Lelaki
[Copy link]
|
|
London: Seorang pempengaruh media sosial di United Kingdom yang sebelum ini terkenal kerana mengubah penampilannya kepada wanita Korea kini mengumumkan kembali menjadi lelaki.
Oli London pernah menjadi bualan dunia apabila muncul sebagai wanita transgender Korea, pada Mei lalu.
Berkongsi perkembangan terbaharunya, London berkata, dia kini dalam proses beralih semula kepada seorang lelaki selepas hidup sebagai wanita transgender sejak enam bulan lalu.
Foto: Twitter
"Saya tidak lagi (menjadi) transgender dan sudah kembali hidup sebagai seorang lelaki.
"Saya hargai jika semua orang dapat menggunakan kata ganti nama baharu saya sebagai seorang lelaki. Terima kasih," katanya di Twitter.
London mengakui kesal dikenali sebagai transgender dan keputusan itu satu kesilapan dalam hidupnya.
"Enam bulan lalu saya menjalani pembedahan pada wajah, kira-kira 11 kali dalam sehari, untuk menjadi wanita.
"Saya menukar struktur tulang saya, membuat sambungan rambut, menukar cara pemakaian dan mula memakai alat solek.
"Saya melakukannya kerana saya fikir ia akan menggembirakan saya. Saya berasa gembira pada masa itu tetapi dalam tempoh muhasabah diri, saya merasakan saya mengejar kebahagiaan tetapi sebaliknya menjadi seorang wanita bukan untuk saya," katanya kepada saluran berita Amerika Syarikat.
Sebelum ini, London dikritik kerana menjalani pembedahan untuk menyerupai penyanyi BTS, Park Jimin dengan ramai yang melihatnya sebagai contoh kejutan budaya.
Dia sebelum ini dilaporkan membelanjakan sekurang-kurangnya AS$150,000 (RM688,000) untuk membiayai kos pembedahan plastik selama lapan tahun.
Terbaharu, London mencukur rambutnya sepenuhnya yang dilihatnya sebagai permulaan perjalanannya kembali menjadi lelaki. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak pulak duit dorang ye |
|
|
|
|
|
|
|
Content creator begitu lah |
|
|
|
|
|
|
|
ummah T nih sepatutnya jumpa pakar psikiatri atau kaunseling dulu, baru buat keputusan nak jalani SRS. ni budak2 pun digalakkan ambik ubat utk block proses akil baligh. tp industri bernilai berbillion dollar kan, dan penting utk imej set2 performative wokeness dlm socmed... layankan ajerr. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kenal pun.... rupa pun dah mcm bukan manusia |
|
|
|
|
|
|
|
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental... |
|
|
|
|
|
|
|
Payah la jenis otak seminit ni
Kejap nak jd A, pastu eh nak jd B la, eh kejap2 nak jd A la blk |
|
|
|
|
|
|
|
Nyesal la tu jadi pompuan..macam2 krim nak kena pakai..jantan senang je,sabun cap popenjay pun dah memadai.. |
|
|
|
|
|
|
|
mandi x bersabun pun xde hal kalau jd lelaki,
bahahahha
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai omputeh detransition sebab budak2 yang uncomfortable dengan badan diorang disebabkan proses akil baligh akan dihantar jumpa counselor. Counselors ni lah yang akan push budak2 ni untuk transition into transgender. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasihat untuk trans atau yang bercita-cita nak jadi trans.
Hidup jadi jantan lah paling best. Jadi betina buat hape.
|
|
|
|
|
|
|
|
cuba ko tengok hidup org xde imaan
xde pedoman
tak torahhhhhhhhh hala tuju kehidupan xde |
|
|
|
|
|
|
|
esk bosan, level up lah jd mahluk lain.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|