View: 726|Reply: 0
|
Menteri baharu mahu perkasa program sedia ada
[Copy link]
|
|
HANNAH melakukan imbasan kad perakam waktu sebagai tanda bermulanya tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu di bangunan KBS, Putrajaya semalam. – FAISOL MUSTAFA
Menteri baharu mahu perkasa program sedia ada
KEPIMPINAN baharu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak bercadang untuk mewujudkan program sukan baharu, sebaliknya berhasrat meneruskan program sedia ada bagi memastikan kelangsungan serta kecemerlangan sukan negara.
Menterinya, Hannah Yeoh berkata, dia memerlukan sedikit masa untuk mendengar sendiri taklimat daripada pemegang taruh dalam kementerian tersebut sebelum melakukan apa-apa keputusan.
Ketika ini, Malaysia masih meneruskan program Podium yang dicetuskan bekas Menteri Belia dan Sukan sebelum ini, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada 2015 meskipun sudah beberapa kali dirombak.
“Apa yang saya mahu lihat adalah sukan ini boleh diakses kepada semua selain menyediakan keadaan yang selamat kepada atlet kita. Ketiga adalah dari segi kebajikan keselamatan untuk atlet dan itu saya banyak dengar daripada atlet.
“Selalunya orang akan rasa kalau ada kepimpinan baharu mungkin ada program baharu, tetapi saya tidak berhasrat untuk memperkenalkan program-program baharu.
“Saya mahu cari jalan untuk memperkasakan program sedia ada,” katanya ketika melapor diri di bangunan KBS, Putrajaya semalam.
Tambah beliau, KBS tidak berhasrat untuk memperkenalkan program-program baharu kerana dibimbangi ia mampu memberikan kesukaran kepada atlet sekiranya banyak perubahan yang dilakukan.
Dalam pada itu, Hannah sedia menyemak semula peruntukan RM332 juta yang diberikan kepada sektor belia dan sukan oleh kerajaan terdahulu dalam bajet 2023 selain menunggu keputusan yang bakal dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya akan dengar taklimat daripada KBS, kemudian untuk belanjawan kita tunggu arahan daripada Menteri Kewangan. Kita tunggu dahulu kerana ia bukan sahaja melibatkan KBS tetapi semua kementerian,” ujarnya.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... -program-sedia-ada/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|