View: 652|Reply: 0
|
Djokovic sedia buru gelaran ke-10 Terbuka Australia
[Copy link]
|
|
DJOKOVIC masih berteka-teki mengenai status vaksin Covid-19 dirinya. - AFP
Djokovic sedia buru gelaran ke-10 Terbuka Australia
ADELAIDE – Pemain ranking kelima dunia, Novak Djokovic sudah bersedia untuk memburu gelaran ke-10 Terbuka Australia menjelang penganjuran seterusnya di Melbourne Park dari 16 hingga 29 Januari tahun depan.
Semangat bintang tenis Serbia itu berada pada tahap tertinggi selepas dia diberikan visa untuk masuk ke negara berkenaan.
Djokovic, 35, terlepas saingan Terbuka Australia tahun lalu yang merupakan aksi pembukaan Grand Slam kalender 2022 selepas diusir keluar dari Australia disebabkan status vaksinnya.
“Terbuka Australia sentiasa menjadi saingan Grand Slam paling berjaya dalam karier saya. Malah, saya juga mempunyai banyak kenangan manis di sana,” kata Djokovic.
Bekas pemain No. 1 dunia itu dijadualkan menyertai Kejohanan Antarabangsa Adelaide bermula 1 hingga 8 Januari ini yang dilihat sebagai aksi pemanas badan sebelum menyertai Terbuka Australia.
Bagaimanapun, Djokovic dijangka berdepan cabaran hebat daripada nama-nama besar seperti Felix Auger-Aliassime, Daniil Medvedev, Andrey Rublev dan Andy Murray yang turut dikatakan mengambil bahagian di Adelaide.
Juara bertahan Terbuka Australia yang juga seteru utama Djokovic iaitu Rafael Nadal memilih untuk menyertai saingan berpasukan campuran baharu, Piala United di Perth dan Sydney sebagai pentas persediaannya.
Saingan kategori wanita di Adelaide juga tidak kurang hebatnya apabila bakal disertai empat pemain dalam kelompok 10 terbaik dunia seperti Ons Jabeur, Aryna Sabalenka, Daria Kasatkina dan Veronika Kudermetova. – AGENSI
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... -terbuka-australia/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|