Sumber TikTok
Menerusi perkongsian @utusantvofficial di TikTok baru-baru ini, rakaman mengenai dua pemuda mencuri perhatian warga maya gara-gara tindakan mereka yang dianggap boleh meragut nyawa sendiri.
Video berkenaan memaparkan mereka memakan roti yang terlebih dahulu dicelupkan ke dalam air banjir dipercayai berlaku di negeri pantai timur.
Mungkin hanya sekadar konten media sosial, namun video tersebut menerima pelbagai respons dan kritikan netizen yang rata-rata menyatakan kebimbangan mereka apatah lagi air banjir kotor dan boleh menyebabkan cirit-birit serta keracunan makanan.
Ada juga yang jijik dengan tindakan dua pemuda tersebut apabila membayangkan air banjir yang sudah bercampur dengan cecair kotor lain seperti sisa kumbahan.
Dalam perkembangan terkini, negeri di pantai timur terutamanya Kelantan, Terengganu dan Pahang kini sedang menghadapi bencana banjir gara-gara hujan berterusan sejak seminggu yang lalu. - CARI
|