Edited by boca120879 at 12-5-2023 02:00 AM
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Abu Nu'man, diceritakan oleh Jarir bin Hazim, daripada Al Hasan, daripada 'Amru bin Taghlib,
"Nabi s.a.w. diberikan suatu harta. Lantas Nabi s.a.w. berikan kepada sebahagian sahabatnya. Dan Nabi s.a.w. tidak berikan kepada sahabat yang lain.
Kemudian sampailah berita kepada Nabi s.a.w. bahawa orang-orang mencela sikap Nabi s.a.w.
Maka lantas Nabi s.a.w. pun bersabda, "Sesungguhnya, ada orang yang aku beri dan ada yang tidak aku beri.
Namun yang tidak aku beri, lebih aku sukai daripada yang aku beri.
Beberapa orang yang aku beri kerana hati mereka masih ada keluh kesah dan kegelisahan.
Dan beberapa orang (yang tidak diberi) yang aku percayakan kepada kecukupan dan kebaikan yang telah Allah jadikan dalam hati mereka.
Di antara mereka ialah 'Amru bin Taghlib."
Lantas 'Amru bin Taghlib berkata, "Aku tidak ingin lagi unta-unta merah setelah mendengar kalimat Nabi s.a.w. itu."
(Hadith Bukhari no. 6981)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|