View: 3139|Reply: 0
|
Jonathan Majors Bakal Dihadapkan Ke Mahkamah Kerana Serang Wanita Sehingga Parah
[Copy link]
|
|
Pelakon, Jonathan Majors yang didakwa menyerang seorang wanita sehingga cedera parah bakal dihadapkan ke mahkamah.
Menurut Abc News, Pelakon filem Creed III itu ditahan polis pada Sabtu waktu tempatan.
Getty Images
Polis sebelum itu mengesahkan pihaknya dimaklumkan tentang pergaduhan yang berlaku di sebuah pangsapuri dekat Chelsea, di sini.
Wanita berusia 30 tahun yang mendakwa diserang Majors dalam insiden terbabit cedera di bahagian kepala dan leher.
Mangsa kini stabil selepas dipindahkan ke sebuah hospital berdekatan.
Majors dalam kenyataan menafikan semua pertuduhan yang dibuat ke atasnya.
“Beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan. Kami sedang berusaha membersihkan namanya dan selesaikan dengan segera perkara ini,” kata jurucakapnya.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
| |
|