CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14907|Reply: 0

Dua kali mangsa kena 'raba'

[Copy link]
Post time 2-4-2023 02:53 PM | Show all posts |Read mode

SAIFUL berkata hasil daripada maklumat yang diperoleh, gangguan seksual itu berlaku pada 15 dan 19 Mac lalu. FOTO Ihsan Facebook Saiful Abdul Jalil

Kuala Lumpur: Pengurus pasukan skuad berbasikal bukit (MTB) Mohd Saiful Abdul Jalil dimaklumkan bahawa mangsa gangguan seksual kemungkinan 'diraba' sebanyak dua kali ketika menjalani latihan pada pertengahan bulan lalu.

Saiful berkata, hal terbabit menyebabkan mangsa yang juga antara prospek untuk mengekalkan pingat emas di Sukan Sea Kemboja mengambil keputusan menarik diri daripada pasukan kerana mengalami gangguan emosi dan trauma dengan kejadian terbabit.

Beliau berkata, hasil daripada maklumat yang diperoleh, gangguan seksual itu berlaku pada 15 dan 19 Mac lalu ketika pasukan MTB menjalani latihan di Putrajaya.

"Selepas kejadian itu, mangsa terus pulang ke Sabah dan memberitahu mahu menarik diri daripada pasukan MTB negara untuk ke Sukan Sea Kemboja pada Mei ini.

"Mangsa memberitahu apa yang terjadi dan dilakukan oleh jurulatih berkenaan menyebabkan kami memberikan kata-kata semangat untuk dia membuat laporan Polis untuk tindakan susulan.

"Ketika ini, mangsa berada di kampungnya di Sabah dan terdapat pasukan perubatan Majlis Sukan Negara (MSN) yang memantau keadaannya terutama berkaitan emosi selepas melalui detik hitam," katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum itu, Arena Metro melaporkan persiapan skuad berbasikal MTB negara ke temasya Sukan Sea Kemboja boleh dikatakan sedikit terganggu apabila dikhabarkan terdapat seorang pelumba wanita mengalami gangguan seksual ketika menjalani latihan bersama pasukan.

Pelumba wanita berusia 20 an itu yang juga pemenang pingat di temasya Sukan Sea Vietnam tahun lalu mengharungi detik hitam terbabit kebelakangan ini dan lebih mengejutkan lagi pelakunya adalah jurulatihnya sendiri.

Berikutan bimbang situasi bertambah buruk, pelumba berkenaan mengambil tindakan segera dengan membuat laporan Polis untuk tindakan lanjut selain turut mengadu perkara itu kepada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Selain itu, Saiful berkata, kejadian terbabit mengganggu persiapan skuad MTB negara yang hanya berbaki sebulan sebelum berlepas ke temasya Sukan Sea Kemboja.

"Saya akui kejadian ini menyebabkan perancangan terganggu kerana terpaksa menunda sesi latihan di Sabah selain hampir kehilangan pelumba berpotensi untuk negara.

"Pada masa sama, saya juga sudah mencadangkan beberapa individu yang akan menggantikan tempat jurulatih terbabit untuk membantu melicinkan persiapan pasukan," katanya

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tm_medium=mestibaca
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 43427 Replies : 450
Tak bayar cukai budaya kito, lebih 200 ribu orang disekat ke luar negara
maklukpenggodaTak bayar cukai budaya kito, lebih 200 r
Views : 38640 Replies : 26
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50035 Replies : 164
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145804 Replies : 2469
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39558 Replies : 48
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276652 Replies : 8079
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38725 Replies : 32
Pulau Pinang jadi pusat perumahan mampu milik terbesar di Malaysia
AbahmungPulau Pinang jadi pusat perumahan mampu
Views : 42900 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.522896 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list