CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1359|Reply: 11

Peminat geli tengok gigi kuning Johnny Depp

[Copy link]
Post time 19-5-2023 08:13 AM | Show all posts |Read mode




KEMUNCULAN Johnny Depp di Festival Filem Cannes mencuri perhatian memandangkan pelakon itu lama menyepikan diri sejak kes mahkamah melibatkan bekas isterinya, Amber Heard tahun lalu.


PageSix melaporkan kehadiran Johnny, 59, ke festival itu bagi mempromosikan filem terbaharunya berjudul Jeanne du Barry.


Bagaimanapun perasaan teruja peminat melihat aktor berjalan di karpet merah acara itu bagaimanapun hilang apabila melihat giginya yang kuning dan seolah-olah sudah rosak.





Menerusi beberapa foto yang tular di Twitter, ramai meluakan rasa loya melihat foto jarak dekat bahagian gigi pelakon itu.


"Gigi Johnny betul-betul rosak, loya tekak saya melihatnya. Kenapa perlu ambil gambar gigi dia secara dekat? Ia merosakkan mood saya.


"Gigi dia ini untuk watak Jack Sparrow ke? Dia banyak duit tapi tak mampu jaga gigi sendiri," ujarnya.


Jun tahun lalu, Johnny memenangi kes saman terhadap Amber Heard selepas mendakwa menjadi mangsa dera bekas suaminya itu.


Amber diarahkan membayar ganti rugi sebanyak AS$15 juta (RM65 juta) kepada Johnny kemudian dikurangkan kepada AS$10.35 juta (kira-kira RM45 juta) sejajar dengan had punitif yang dibenarkan undang-undang di negeri itu.


Tujuh juri yang mendengar perbicaraan itu mendapati bahawa artikel ditulis Heard pada 2018 mengenai dakwaan keganasan seksual adalah fitnah dan berniat jahat terhadap Johnny.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2023 11:14 AM | Show all posts
jijiknya..selekeh namati..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2023 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalah pokcik neh xde plan nak sober.itu sbb kepam sekali pakej gigi rosak.tapi aku rasa oscar nomination dlm tangan dah sbb dapat standing ovation 7 minit gitewwww
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2023 01:05 PM | Show all posts
DIa ni mmg pengotoq. Tak suka mandi etc. Vanessa Paradis pun akui.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2023 02:59 PM | Show all posts
jijiknya tengok
terbayang bau mulut dia
hmmmmmm
sebab hisap curut ke merokok ni?
duit banyak takkan takda masa p klinik gigi or panggil doc gigi mai rumah. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2023 04:32 PM | Show all posts
Sekejap lagi dia buat treatment terus cantik molek ahahahah..

INi stain rokok, stain coffee, whiskey, makan sireh semua bala la..
Lagipun dia kan dah tua.. mmg gigi akan aged ..
Tapi leps ni dia polish memang merelit la lepas jadik issue mcm ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2023 04:46 PM | Show all posts
banyak sangat hisap cigar
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
gais. maybe mr depp takut dengan dentist  . biggest fear gtu ???? mode husnuzon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2023 08:57 AM | Show all posts
aiyo pokcik. duit berkepuk, xkan xleh spend some kt gigi tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 01:31 PM | Show all posts
Sayang heols ni, tak reti jaga diri. Padahal muda2 dulu heols cukup handsome. Geng2 kertu macam Brad Pitt, Tom Cruise elok je handsome lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
geli la pak cik ni, kepam huduh mabuk, bini pun meluat
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.126076 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list