View: 617|Reply: 5
|
Pelakon Avengers Jeremy Renner joging walau kaki patah, kesakitan bantu rasa lebih sihat
[Copy link]
|
|
SELEPAS empat bulan terbaring akibat mengalami cedera parah digilis mesin bajak salji di kediamannya, pelakon Jeremy Renner kini sudah mula kembali aktif dengan bersenam.
Los Angeles Times melaporkan Jeremy dilihat berjoging di atas treadmill di rumahnya meskipun kakinya yang patah masih belum sembuh.
Kata pelakon filem Avengers itu, rasa sakit dirasai ketika berjoging membantunya untuk rasa lebih sihat.
"Rasa sakit itu adalah perkembangan bagi saya," katanya di Instagram.
Jeremy turut berkongsi rutin proses pemulihannya sejak kemalangan itu dan memberitahu sudah mampu berjalan sendiri tanpa bantuan kerusi roda..
ARTIKEL BERKAITAN: Bintang ‘Avengers’ Jeremy Renner patah 30 tulang akibat digilis mesin bajak salji
ARTIKEL BERKAITAN: Bintang ‘Avengers’ Jeremy Renner kritikal akibat kemalangan ketika bersih salji tebal
"Ini adalah aktiviti baru buat saya. Gerakan yang saya tidak biasa... berjalan dan joging juga rasanya berbeza," kongsinya.
Pada Januari lalu, Jeremy dilaporkan patah 30 tulang ekoran digilis mesin bajak salji di kediamannya di Nevada, Amerika Syarikat.
Disebabkan insiden itu, dia telah dimasukkan ke wad selama dua minggu gara-gara kenderaan seberat enam tan itu melanggarnya ketika dia sedang membersihkan salji di hadapan kediamannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
jangan lupa, the best never rest kekdahnya....
|
|
|
|
|
|
|
|
adakah kerana penah menjd Hawkeye maka semangatnya juga bak Hawkeye? tp dia mmg cekal dan tabah la sbb teruk keadaan dia masa kena tu. dia siap dah tinggal pesan mintak fam dia let go je dia klu dah kena bergantung dgn machine kan
|
|
|
|
|
|
|
|
tengok interview dia lepas accident.
ngeri dia cerita. |
|
|
|
|
|
|
| |
|