View: 285|Reply: 0
|
Azizulhasni tutup tirai penuh gemilang di Hong Kong
[Copy link]
|
|
AZIZULHASNI (kiri) meraih emas keempat di Hong Kong. FOTO Ihsan Facebook Azizulhasni Awang
Kuala Lumpur: Jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang sekali lagi mencipta sensasi di bumi Hong Kong apabila meraih pingat emas dalam acara pecut di Kejohanan Piala Trek Antarabangsa Hong Kong II hari ini.
Pada aksi final yang berlangsung di Velodrom Hong Kong, pelumba yang mendapat gelaran Pocket Rocketman itu nyata berada di kelas tersendiri dalam acara pecut apabila menewaskan wakil Korea Selatan, Kang Seojun.
Lebih membanggakan seorang lagi pelumba negara, Mohd Fadhil Zonis turut meraih gangsa selepas memenangi perlumbaan penentuan tempat ketiga dan keempat.
Sementara itu, dalam acara keirin wanita kategori remaja, pelumba muda negara, Amber Yong terus mempamerkan kayuhan hebat untuk meraih emas ketiganya di bumi Hong Kong.
Perak acara keirin kategori remaja dimenangi pelumba Singapura, Valencia Tan manakala gangsa dimenangi wakil tuan rumah, Jhih Yan Lin.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... milang-di-hong-kong |
|
|
|
|
|
|
| |
|