CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1083|Reply: 0

[SEJARAH] Sejarah awal Malaysia yang semua rakyat WAJIB tahu

[Copy link]
Post time 26-6-2023 02:46 PM | Show all posts |Read mode
Sejarah awal Malaysia yang semua rakyat WAJIB tahu



Malaysia merupakan salah satu negara yang banyak mencatatkan sejarah penting dunia. Kalau takde Malaysia, banyak benda mungkin tak berlaku dalam lipatan sejarah negara lain. Ramai anggap negara kita ni biasa-biasa je, takde keistimewaan, tak sebaik negara lain. Hakikatnya, tanggapan ni salah belaka. Malaysia sebenarnya amat penting dan berharga, terutamanya bila kita telusuri sejarah penubuhan negara ini.

Sejarah Malaysia boleh kita pecahkan kepada tiga tempoh secara mudahnya, iaitu sebelum penjajahan, semasa penjajahan dan selepas merdeka. Orang dulu-dulu sebenarnya dah lama mengakui kewujudan Tanah Melayu, dan kawasan Borneo ni. Orang Yunani seperti Cladius Ptolemy pernah namakan semenanung Tanah Melayu sebagai ‘semenanjung emas’ (Golden Khorsenese). Penyebaran ajaran Hindu dan Buddha tersebar luas. Kerajaan-kerajaan maritim lama di Borneo pun tengah maju dan masyhur dalam catatan Arab.

Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo selalu dianggap tempat strategik, ‘kubur’ kerajaan-kerajaan lama
Apabila kita imbau corak sejarah tamadun lama, peperangan dan keruntuhan kerajaan dah sebati dalam penceritaan sejarah diorang. Sebelum tertubuhnya Malaysia; kita pun turut menyaksikan banyak kerajaan lama bangkit dan runtuh di Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo. Bahkan, ada jugak kerajaan yang hidup sezaman antara satu sama lain. Misalnya, kapal-kapal pedagang Rom pernah singgah di Melaka.


Berdasarkan tinggalan sejarah terkini, ada jugak berjaya membuktikan Melaka bukanlah kerajaan pertama yang berdiri di Tanah Melayu. Di Lembah Bujang dan Sungai Batu yang terletak di Kedah, banyak tinggalan lain yang menunjukkan ia mungkin tamadun terawal Asia Tenggara.

Kalau nak dikatakan Borneo ni tanah tandus takde kerajaan sebelum era penjajahan… hah tu dah salah. Di Borneo jugak, terdapatnya kerajaan-kerajaan lama yang hidup serentak dengan Kerajaan Brunei. Contohnya, kerajaan Tawwaran (Tuaran) dan Maludu (di Kota Marudu) yang terletak di Sabah. Di Sarawak je, ada lima kerajaan kuno yang dah dikenalpasti iaitu kerajaan negeri Santubong, Samarahan-Sadong, kerajaan negeri Kalaka, kerajaan negeri Saribas dan kerajaan negeri Malano.

Sebagaimana sejarah kerajaan-kerajaan negeri di Tanah Melayu, kerajaan-kerajaan negeri di Borneo jugak turut mengalami perubahan. Pergolakan dalaman mencipta ruang yang dimahukan oleh kuasa Eropah ketika Zaman Pelayaran. Di Eropah, diorang dah mula nak cari tanah baharu sama ada untuk ekonomi, agama atau memperluaskan empayar dengan doktrin nak banggakan negara diorang. Oleh demikian, pergolakan ni dimanipulasikan dengan sebaiknya dalam usaha Barat nak kuasai Tanah Melayu.

Di Borneo pulak, kekuasaan dua lagi kerajaan maritim seperti Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu dah berjaya ‘menguburkan’ beberapa kerajaan lama di Borneo. Walau bagaimanapun, Sabah dan Sarawak ni luas sangat dan dihuni oleh pelbagai kaum serta cara hidup masing-masing. Jadi salah satu cara untuk pastikan kawalan ke atas wilayah yang diorang pegang, diorang lantik wakil untuk mentadbir kawasan masing-masing. Ini secara tak langsung menjelaskan kenapa sejarah kemasukan Barat sedikit berlainan dengan Tanah Melayu.

Kerana terlalu percayakan orang asing, era penguasaan dan pertumpahan darah bermula
Nak dikatakan kita orang Melayu ni tak pandai tadbir.. tu jugak suatu kenyataan yang tak adil. Kita dah banyak pengalaman membina kerajaan dan menguruskannya sehingga layak dicatatkan dalam rekod sejarah. Walau bagaimanapun, pergolakan dalaman tetap akan berlaku. Terpulang pada kebijaksanaan pentadbir tu sama ada nak percaya orang asing atau kekal berwaspada terhadap sebarang ‘bantuan’ yang dihulur oleh orang asing tu.


Kedatangan Barat bermula dengan penawanan Portugis di Melaka. Kemudian, British pun masuk dengan membawa cadangan tubuhkan pangkalan. Pendudukan British sebenarnya bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan, hasil perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu pada 1769. Begitulah selanjutnya perjanjian demi perjanjian diadakan. Pulau Pinang, Singapura , Melaka dan kemudiannya Labuan diletakkan sebagai Negeri-negeri Selat. Menjelang 1867, British lebih agresif meperluaskan kuasanya ke negeri-negeri Melayu lain dari Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan. Gugusan negeri ini membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Manakala negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu pulak digelar Negeri-negeri Tak Bersekutu.

Penyusupan British selalu ada kaitan dengan kekuatan tentera diorang. Contohnya, ketika perang saudara dan gangguan persatuan sulit kongsi Cina. Begitu jugak bagaimana Dinasti Brooke terbentuk di Sarawak – Kesultanan Brunei minta tolong kat James Brooke untuk jaga kepentingan Brunei. Serangan ‘lanun’ turut dijadikan alasan kukuh buat James Brooke untuk menguasai Sarawak. Bagi Sabah pulak, Syarikat Berpiagam British Utara (SBBU) datang untuk menguasai hasil mahsul Sabah. Ketiga-tiga entiti ni sebenarnya bukanlah pihak yang sama, sebaliknya SBBU dan Brooke ini boleh dianggap ‘pihak swasta’ yang bekerjasama dengan British demi mendapatkan bala tentera sekiranya perlu.



Brooke
Oleh sebab ketiga-tiga pentadbiran ni jugak berbeza, maka dinamik hubungan masyarakat-penguasa British jugak berbeza pengalamannya antara Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Namun begitu, para pejuang tetap bangkit melawan desakan penguasa Barat. Pentadbiran Barat tetap dilihat asing dan baharu, bertentangan dengan kepentingan barisan ketua masyarakat kawasan jajahan. Lalu bertumpahan darahlah antara British dan para pejuang rakyat ni.

Berjuang guna senjata dan kertas, Malaysia tertubuh jua selepas 1963
Sehingga kini, keris menjadi suatu simbolik kepada kekuatan dan keilmuan pertahanan Melayu. Meskipun begitu, jangan dianggap tu je yang kita mahir ye. Dunia Melayu sarat dengan keilmuan dan kemahiran berguna untuk menjadi titik pusat perdagangan serta perniagaan. Akibat tuntutan ekonomi ibu kota London yang semakin pesat ke arah perindustrian, sumber kita disalurkan untuk kepentingan pembangunan metropolis London.

Demi merancakkan produktiviti, British membenarkan kemasukan kaum Cina dari tanah besar China dan India. Pada masa tu, kedua-duanya merupakan jajahan British. British setuju diorang berhijrah pun disebabkan stereotaip bahawa diorang ni mudah dikawal. Kaum Melayu dianggap ‘malas’ dan sukar untuk memenuhi tuntutan ekonomi yang diperlukan dalam sektor perlombongan dan getah. Sebenarnya dasar pecah dan perintah macam ni memudahkan penjajah nak kawal kaum-kaum yang ada di negara kita.



Kat Sabah dan Sarawak pulak, hal ni tak berlaku. Sebaliknya, buruh-buruh banyak diambil dalam kalangan peribumi. Buruh-buruh Jawa misalnya banyak memasuki pasaran pekerjaan di Sabah dan Sarawak. Malah, berlaku perpindahan antara negeri yang secara tak langsung ‘memelihara’ demografi setempat dengan budaya yang tak jauh berbeza. Patutlah sehingga kini, diorang tak terkesan dengan isu perkauman jika nak dibandingkan dengan Tanah Melayu.

Walaupun begitu, dengan semangat zaman baharu dan kesengsaraan pengalaman diseksa tentera Jepun… terlahirlah generasi-generasi baharu yang melihat British dan Jepun ni dah bermaharajalela dan hanya mengeksploitasikan kekayaan yang ada demi kepentingan ibu negara diorang. Kewujudan elit-elit berpendidikan yang diharap menguatkan pengaruh British apabila diorang belajar di luar negara; tak menjadi kenyataan bagi British. Elit-elit berpendidikan ni mula sedar bahawa anak jatilah yang harus menjadi tuan – bukanlah orang putih.

Semangat kemerdekaan ni jugak membangkitkan beberapa idea penyatuan wilayah seperti Indonesia Raya, Melayu Raya dan Kalimantan Utara. Demi mencapai kebebasan wilayah dan mendapatkan semula hak kuasa peribumi, gerakan berbagai haluan bergerak menyebarkan idea tersebut dan membawa pelbagai pendekatan untuk mencapai idea tersebut.

Sejarah tercatat pada 1957, menyaksikan Tunku Abdul Rahman melaungkan merdeka pada 31 Ogos. Prinsip kemerdekaan ini hanyalah satu langkah je – idea penyatuan Malaysia merangkumi Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak. Namun begitu, Brunei tarik diri disusuli Singapura.

Selepas rundingan Tunku Abdul Rahman dan para pemimpin Sabah, diketuai Donald Stephens dan Temenggung Jugah Anak Barieng bersetuju membentuk Malaysia. Perjanjian Malaysia 1963 diletakkan sebagai batu asas persekutuan tersebut, yang akhirnya menjadi sebahagian dari peruntukan Perlembagaan Malaysia pada hari ini. Sabah diletakkan status sebagai wilayah berkerajaan sendiri pada 31 Ogos 1963, manakala Sarawak pulak pada 22 Julai tahun yang sama. Malaysia rasmi terbentuk pada 16 September 1963.


Sumber:
https://orangkata.my/sejarah/sej ... -rakyat-wajib-tahu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.073361 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list